Tuanku Muhriz gesa kepimpinan kerajaan, rakyat bersatu pertahan negara

Malaysia Terima Bantuan Peralatan Perubatan RM19 Juta Dari Kerajaan Jepun – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik Covid-19. Menteri Kesihatan,...

Pemuda UMNO Merbok Harap Penutupan Jambatan Semeling Di Tarik Balik

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan penutupan Jambatan Semeling oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda...

Polis Tahan Ahli Armada Bersatu, Rampas 1.5 Kilogram Dadah

KUALA LUMPUR – Seorang ahli biro Angkatan Bersatu Anak Muda (Armada) yang disyaki mengedar dadah yang diproses sendiri di rumah berjaya dicekup oleh polis. Suspek...

18 Kematian Akibat Covid-19, Rekod Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes. Ketua...

Malaysia rasmi sokong haram senjata nuklear

KUALA LUMPUR- Hari ini 22 Januari Malaysia menyokong sepenuhnya penguatkuasaan Triti Mengenai Pengharaman Senjata Nuklear (#TPNW). Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan, tiada...

SEREMBAN: Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir bertitah supaya kepimpinan kerajaan di semua peringkat dan rakyat bersatu dan sentiasa menumpahkan taat setia yang tidak berbelah bahagi, mempertahan serta melindungi negara terutama dalam mendepani cabaran COVID-19.

“Menyedari akan impak pandemik ini ke atas ekonomi, beta juga menggesa supaya kerajaan negeri teguh mengemudi pentadbiran dan kreatif mencorakkan strategi yang lebih dinamik dalam pelaksanaan pembangunan negeri ini ke arah pemulihan ekonomi,” titah Tuanku Muhriz menerusi kenyataan sempena Ulang Tahun Ke-73 baginda, hari ini.

Tuanku Muhriz turut menzahirkan rasa bangga dengan kejayaan kerajaan dalam mengawal pandemik COVID-19.

“Jika dibandingkan dengan negara yang dianggap lebih maju daripada segi kepakaran dan sistem kesihatan, kejayaan pengawalan penularan COVID-19 di Malaysia adalah amat mengagumkan.

“Beta berasa bangga dan amat menghargai komitmen serta dedikasi yang ditunjukkan semua petugas barisan hadapan kesihatan, anggota polis dan tentera serta para sukarelawan daripada agensi swasta dan badan bukan kerajaan serta individu yang telah memberi bantuan dengan pelbagai cara,” titah baginda.

Tuanku Muhriz juga turut mengajak semua rakyat agar menghargai dan berterima kasih atas tindakan segera yang diambil agensi kesihatan di negara ini yang telah mengatur perancangan dan strategi berkesan dalam memastikan penularan wabak COVID-19 dapat dibendung.

Sementara itu, baginda turut mengingatkan rakyat yang terdiri daripada pelbagai kaum, agama serta budaya supaya sentiasa mewujudkan permuafakatan dan mengetepikan perbezaan demi mengekalkan keharmonian hidup bermasyarakat.

“Beta menyeru agar semangat perpaduan ini terus diamalkan masyarakat sepanjang masa dan bukannya dalam situasi krisis sahaja,” titah baginda.

Baginda dalam pada masa yang sama turut menyeru rakyat supaya kebersihan dijadikan satu budaya.

“Pemerhatian beta mendapati terdapat segelintir masyarakat yang memandang remeh akan pentingnya kebersihan dengan membuang sampah di tempat tidak sepatutnya. Mutu sistem pengurusan sampah hendaklah ditambah baik tetapi ia bukanlah kaedah penyelesaian sebenar kerana yang lebih penting adalah sikap dan pendirian masyarakat terhadap kebersihan.

“Untuk memastikan amalan ini menjadi budaya dalam masyarakat, pendedahan haruslah dimulakan kepada kanak-kanak seawal pendidikan prasekolah dan di rumah, dan diteruskan sehingga mereka menamatkan pelajaran. Jika langkah seperti ini tidak dibuat, amalan budaya kebersihan tidak akan menyerap ke dalam masyarakat,” titah baginda.

Tuanku Muhriz dalam titahnya turut menzahirkan ucapan tahniah kepada semua para penerima Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Negeri Sembilan kali ini.

Baginda juga mengingatkan para penerima bahawa kurniaan itu merupakan pengiktirafan yang perlu sentiasa dipelihara kerana ia sangat berkait rapat dengan martabat dan kehormatan Institusi Diraja Negeri Sembilan.

“Oleh itu, setiap penerima mempunyai amanah untuk menjaga kemuliaan dan pengiktirafan yang dikurniakan dengan memastikan imej, tata susila, tingkah laku dan keperibadian masing-masing sentiasa terpelihara,” titah baginda.

– BERNAMA

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Pesawat Milik Syarikat Penerbangan Pakistan Ditahan Di KLIA

PUTRAJAYA – Kementerian Pengangkutan Malaysia (MOT) mengesahkan sebuah pesawat milik Pakistan International Airlines (PIA) ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), hari ini. MOT...

Tahanan Dirogol Di Dalam Lokap, Dua Anggota Polis Miri Digantung Tugas

KUCHING: Polis Sarawak menggantung tugas dua anggotanya selepas seorang gadis bawah umur mendakwa dirogol seorang tahanan lain, ketika ditahan di dalam lokap tahanan Balai...

Saya Akan Akan Cabar Proklamasi Darurat Di Mahkamah – Anwar Ibrahim

CYBERJAYA: Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menegaskan akan mencabar Proklamasi Darurat  yang telah diwartakan kerajaan di mahkamah. Katanya, baru-baru ini beliau telah mengumumkan tentang...

Berita Berkaitan

Malaysia Terima Bantuan Peralatan Perubatan RM19 Juta Dari Kerajaan Jepun – Dr Adham Baba

KUALA LUMPUR - Malaysia menerima bantuan peralatan perubatan bernilai 500 juta yen (kira-kira RM19 juta) daripada kerajaan Jepun dalam usaha menangani pandemik Covid-19. Menteri Kesihatan,...

Pemuda UMNO Merbok Harap Penutupan Jambatan Semeling Di Tarik Balik

CYBERJAYA – Pergerakan Pemuda UMNO Bahagian Merbok hari ini menyuarakan bantahan terhadap tindakan penutupan Jambatan Semeling oleh Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda...

18 Kematian Akibat Covid-19, Rekod Tertinggi Harian

KUALA LUMPUR - Malaysia merekodkan kes kematian baharu tertinggi setakat ini iaitu sebanyak 18 korban menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 660 kes. Ketua...