HONOR Jenama Telefon Pintar Flagship Paling Pantas Berkembang Di Malaysia

- Advertisement -

Siri Magic yang berkuasa menandingi Samsung dalam segmen pasaran kelas atasan

KUALA LUMPUR,– Jenama teknologi global HONOR telah mengukuhkan kedudukannya sebagai antara penggiat tiga teratas dalam pasaran telefon pintar kelas atasan di Malaysia sejak 2023. Siri HONOR Magic flagship berharga RM4,000 ke atas berjaya menjadi pencabar kepada syarikat-syarikat gergasi seperti siri iPhone Apple dan siri Galaxy Samsung. 

Pengarah Negara HONOR Malaysia Justin Li berkata, “berbeza dengan jenama telefon pintar China yang lain, HONOR menumpukan kepada model kelas pertengahan ke atasan dengan 70% jualan daripada kategori ini. Kejayaan HONOR disebabkan tumpuan strategik terhadap peranti kelas atasan, teknologi berinovatif dan identiti jenama yang kukuh.”

Tahun ini, HONOR Magic V3 menjadi telefon boleh lipat paling popular di Malaysia dan mencatatkan peningkatan jualan menakjubkan sebanyak 104% semasa jualan bulan pertama di pasaran pada September lalu, lebih baik berbanding model sebelumnya, HONOR Magic V2. Pencapaian ini didorong oleh kemajuan teknologi pada kedua-dua peranti tersebut dari segi prestasi dan perkakasan. Populariti HONOR Magic V3 juga termasuk badan yang nipis dan ringan.

HONOR Magic6 Pro pula menguasai hampir 18% perkongsian pasaran bagi segmen RM4,000 ke RM5,000 dari Mac ke Julai 2024. “Membina atas kejayaan tersebut, HONOR menyasar untuk mengatasi jualan HONOR Magic7 Pro apabila flagship terbaharu ini dilancarkan pada suku pertama 2025. Dengan meghasilkan produk dan memberikan pengalaman pengguna yang luar biasa secara konsisten, HONOR telah mengukuhkan dirinya sebagai pemain utama dalam pasaran telefon pintar Malaysia,” kata Li.

Siri HONOR Magic tarik pengguna jenama pesaing 

Faktor utama yang mendorong pertumbuhan HONOR dalam pasaran telefon pintar flagship adalah keupayaan untuk menarik pengguna daripada jenama pesaing. Li berkata, “analisis industri menunjukkan ramai konsumer, termasuk pengguna Samsung dan iPhone tertarik dengan telefon pintar siri HONOR Magic kerana menawarkan ciri-ciri AI yang canggih dan inovasi luar biasa. Terdapat peningkatan yang signifikan dalam peralihan penggunaan ke HONOR Magic6 Pro dan HONOR Magic V2 oleh pengguna yang pernah menggunakan telefon pintar keluaran jenama terkemuka.”

HONOR mentakrif semula standard industri dengan portfolio yang pelbagai dan inovasi termaju

HONOR terus meneraju industri telefon pintar dengan kepelbagaian portfolio kepada pelbagai segmen pasaran dan kecenderungan pengguna. Komitmen jenama ini untuk menembusi teknologi peranti lipat terbukti dengan HONOR Magic V3, telefon pintar boleh lipat AI paling nipis dan ringan di dunia yang berjaya mengatasi HONOR Magic V2. Mempunyai ketebalan hanya 4.35mm, HONOR Magic V3 mengubah tanggapan telefon boleh lipat adalah berat, sekaligus memberikan prestasi tiada tandingan dan jangka hayat bateri yang lama. Bagi telefon HONOR Magic berbentuk bar, siri ini dimuatkan teknologi canggih termasuk keupayaan AI seperti AI Magic Portal, AI Note, dan AI Translation, sistem kamera termaju, dan teknologi penjagaan mata yang dipertingkatkan. 

Banyak inovasi teknologi HONOR seperti kejayaan memuatkan teknologi bateri karbon silikon dalam telefon pintarnya turut diikut secara meluas dalam segenap industri. Inovasi ini meningkatkan lagi kepadatan tenaga bateri dengan ketara, seterusnya meletakkan tanda aras yang baharu bagi industri ini.   

Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi laman Facebook rasmi HONOR Malaysia atau laman sesawang rasmi HONOR di https://www.honor.com/my/.

author avatar
Fendi Ghafar
Venni Viddi Vinchi
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat