Muhyiddin pertahan Dr Mahathir, gugur rayuan Batu Puteh keputusan Kabinet

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Dalam Negeri era pentadbiran Pakatan Harapan (PH) 2018 Tan Sri Muhyiddin Yassin tegas mempertahan Tun Dr Mahathir Mohamad.

Ini sekali gus menyanggah dakwaan tiga bekas Jemaah Menteri lain kononnya bekas Perdana Menteri itu membuat keputusan sendiri berhubung pengguguran rayuan negara dalam tuntutan Pulau Batu Puteh.

“Merujuk kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Datuk Seri Mohamad Sabu dan Anthony Loke Siew Fook mengenai keputusan Jemaah Menteri Kerajaan PH tentang isu Pulau Batu Puteh pada 23 Mei 2018, saya ingin menegaskan bahawa keputusan yang dibuat oleh Jemaah Menteri mengenainya adalah tertakluk kepada prinsip tanggungjawab kolektif (collective responsibility) Jemaah Menteri.

“Walaupun perkara tersebut dibawa oleh bekas Perdana Menteri ke-7 Dr Mahathir Mohamad dalam agenda hal-hal lain, ia tidak menghalang mana-mana anggota Jemaah Menteri untuk memberikan pandangan.

“Apabila Jemaah Menteri telah membuat keputusan mengenainya, adalah menjadi tanggungjawab setiap anggota Jemaah Menteri untuk menerima keputusan tersebut secara kolektif,” tegas Presiden Bersatu itu dalam kenyataan media pada Khamis.

Menurut Ahli Parlimen Pagoh itu lagi, tidak timbul soal Perdana Menteri mesti mengambil tanggungjawab secara peribadi atas keputusan yang dibuat oleh Kabinet.

Tegas Muhyiddin, ia adalah tanggungjawab bersama.

Bahkan kata Pengerusi Perikatan Nasional itu lagi, soal pengkhianatan kepada negara juga tidak timbul.

“Malah, adalah tidak wajar seorang bekas Perdana Menteri dihadapkan ke muka pengadilan semata-mata atas keputusan kerajaan yang disahkan oleh kabinet semasa pentadbirannya dahulu.

“Jika ini berlaku, ia adalah satu duluan yang buruk (bad precedent) untuk negara,” bidas beliau.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat