Dari Langkah Kajang kepada Langkah Kota Raja?

- Advertisement -

SHAH ALAM – Selangor dijangka mendapat Menteri Besar yang baharu pada tahun 2025 berikutan desas-desus menggantikan Datuk Amirudin bin Shari dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Rundingan menjadikan Tengku Zafrul sebagai Menteri Besar Selangor menggantikan Amiruddin yang akan mengambil alih jawatan Menteri MITI sudah memasuki fasa akhir menunggu persetujuan beberapa pihak.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhasrat membawa Amiruddin ke pusat menggantikan Zafrul yang akan tamat tempoh senatornya pada Disember 2025.

Tengku Zafrul dijangka menyertai Parti Keadilan Rakyat (PKR) ahad ini bagi menghalalkan perubahan yang akan dibuat dalam masa beberapa bulan mendatang.

Berbeza dengan Langkah Kajang yang gagal dahulu, percaturan kali ini dikatakan telah mendapat restu hierarki tertinggi negeri.

Dikatakan kepimpinan tertinggi PKR dan Negeri telah mengadakan pertemuan bagi mencari kawasan yang sesuai dan Adun yang boleh dikambinghitamkan.

Satu Pilihan Raya Kecil bagi membawa masuk Tengku Zafrul ke dalam Dewan Undangan Negeri Selangor dirancang akan diadakan sebelum Mac 2025 sekaligus membolehkan satu proses transisi lancar berlaku dalam rombakan kabinet sebelum pembentangan Belanjawan 2026 tahun hadapan.

Langkah PKR untuk menukar Menteri Besar Selangor secara PRK bukanlah kali pertama berlaku.

Sumber bahagian UMNO Kota Raja enggan menegsahkan gosip ini namun sebahagiannya dikatakan telah maklum dengan tindakan Tengku Zafrul untuk meninggalkan UMNO dan menyertai PKR.

Langkah Kajang: Satu Strategi Politik di Selangor

Pada 2014, PKR mengumumkan Langkah Kajang bertujuan untuk menukar Menteri Besar ketika itu, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang, Lee Chin Cheh telah meletakkan jawatan pada Januari 2014 bagi membuka laluan untuk Anwar bertanding.

Walaupun pada awalnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Pembangkang pada masa itu, diumumkan sebagai calon PKR namun ia terpaksa diganti dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berikutan tindakan Mahkamah Rayuan mempercepatkan keputusan bersalah ke atas Anwar Ibrahim dalam satu kes perundangan. Keputusan itu menghalang beliau daripada bertanding dalam PRK Kajang.

Dr Wan Azizah memenangi PRK Kajang, sekali gus memastikan PKR terus menguasai kerusi DUN tersebut.

Namun, proses peralihan kepimpinan di Selangor mengambil masa yang lebih lama daripada yang dijangka apabila Istana dikatakan tidak selesa dengan pencalonan Wan Azizah sebagai Menteri Besar Selangor yang baharu.

Pelbagai rundingan berlaku, dan akhirnya Khalid Ibrahim digantikan oleh Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, sebagai Menteri Besar Selangor.

Langkah Kajang kekal sebagai salah satu episod penting dalam sejarah politik Malaysia, mencerminkan percaturan politik dinamik di negeri yang merupakan nadi ekonomi negara.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat