Armada kecam pemakaian Jalur Gemilang terbalik, hina maruah negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Armada Bersatu Malaysia mengecam dan mengutuk sekeras-kerasnya penggunaan Jalur Gemilang terbalik pada jersi pemain badminton negara.

Ketua Biro Sukan dan Pop Culture Armada, Muhammad Syamel Riduan berkata kesilapan atau kecuaian dalam penggunaan simbol ini dan dipaparkan dalam keadaan terbalik adalah satu bentuk penghinaan terhadap maruah dan kehormatan negara.

“Jalur Gemilang adalah simbol kebanggaan negara yang melambangkan kemerdekaan, perpaduan, dan identiti Malaysia.

“Armada kesal dan kecewa berikutan insiden ini berlaku pada kejohanan antarabangsa yang membawa nama baik negara.

Menurutnya Armada juga ingin menggesa Menteri Belia dan Sukan untuk tidak mengambil langkah sambil lewa dengan hanya menerima permohonan maaf dari pihak terbabit.

“Mana mungkin mereka tidak mempunyai maklumat yang lengkap berkaitan kedudukan Jalur Gemilang yang tidak sepatutnya berada dalam keadaan terbalik.

“Acapkali perkara ini berlaku dan terlampau mudah memaafkan perkara yang melibatkan kedaulatan negera.

“Yang Berhormat Menteri, ARMADA menggesa agar tindakkan yang sewajarnya diambil agar perkara ini menjadi pengajaran kepada semua pihak yang secara sengaja atau tidak sengaja mahu memperkotak- katikkan kedaulatan negara,” katanya.

Beliau menambah, Armada juga tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang ingin mencabar kedaulatan negara.

“Armada akan terus mengutuk dan mengkritik apa sahaja perkara yang mencemar kedaulatan negara yang kita cintai,” katanya.

Semalam, pemain badminton perseorangan lelaki profesional, Lee Zii Jia, di Jelajah Dunia Akhir BWF menimbulkan kontroversi apabila dia memakai baju yang memaparkan bendera Malaysia secara terbalik.

Dalam perlawanan menentang pemain Taiwan, Chou Tien Chen itu, Jalur Gemilang yang ditampal di bahagian kiri baju pemain di ranking lapan dunia itu ditampal dalam keadaan terbalik.

Susulan insiden itu, penaja jersi pemain berkenaan, Victor Malaysia mengeluarkan permohonan maaf dan akan menjalankan siasatan menyeluruh bagi memastikan kesilapan itu tidak berulang.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat