Zahid dilepas, dibebas : Muda anggap pendakwaan pilih kasih, tuntut penjelasan integriti PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) menuntut penjelasan segera daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan Sistem Visa Luar Negara (VLN).

Muda dalam kenyataan media pada Jumaat mendakwa wujudnya pendakwaan pilih kasih dalam kes membabitkan pemimpin berprofil tinggi seperti Zahid.

“Rakyat Malaysia dikejutkan sekali lagi apabila Jabatan Peguam Negara (AGC) menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang membebaskan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 40 pertuduhan rasuah berkaitan Sistem Visa Luar Negara (VLN). Penarikan ini mengekalkan keputusan yang dibuat tanpa Zahid perlu membela diri.

“Kes ini semakin menguatkan persepsi bahawa pendakwaan kini digunakan sebagai alat politik, di mana lawan kerajaan seperti pemimpin pembangkang disiasat dan didakwa, sementara sekutu politik diberi layanan istimewa.

“Justeru, Muda menuntut penjelasan segera daripada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memikul tanggungjawab penuh atas integriti pentadbiran kerajaan ini: Mengapa kes Zahid tidak diteruskan? – keputusan untuk menggugurkan rayuan ini berdasarkan “representasi Zahid” menunjukkan kelemahan serius dalam sistem keadilan. AGC menyatakan “tiada keterangan kukuh, walhal sebelum ini 40 pertuduhan dibawa ke mahkamah.

“Jika keterangan tidak mencukupi, mengapa ia didakwa pada awalnya? Adakah ini bukti pendakwaan terpilih?

“Rakyat pandai untuk melihat semuanya. Melihat pemimpin berprofil tinggi seperti Zahid bebas tanpa perlu membela diri, sedangkan rakyat biasa dihukum berat walau untuk kesalahan kecil, menunjukkan sistem yang ralat,” kata Muda.

Selain itu, Muda juga mendakwa keputusan ini menambah kerosakan kepada kredibiliti AGC yang kini berada pada titik
terendah.

” Jabatan yang sepatutnya bertindak bebas kini dipersoal kerana terlalu akur kepada tekanan politik.

“Anwar Ibrahim perlu menjawab: Adakah ini wajah sebenar keadilan Malaysia di bawah kerajaan anda?

“Muda juga menyeru pemimpin muda kerajaan untuk tidak terus berdiam diri. Muda kecewa melihat kurangnya suara lantang daripada generasi muda yang seharusnya membawa pembaharuan. Rakyat memerhatikan, dan masa depan politik mereka akan dihukum jika terus menjadi pak turut kepada pemimpin golongan atasan,” katanya.

Dalam pada itu, Muda membidas pengguguran kes ini bukan sekadar isu politik sebaliknya ia adalah persoalan asas tentang integriti, keadilan, dan masa depan negara.

“Jika perkara ini dibiarkan, kita hanya akan mewarisi negara kedudukan membeli kebebasan yang membenarkan kuasa dan
Jangan biarkan keadilan menjadi barang dagangan.

“Jika kes Zahid boleh digugurkan, apa maknanya undang-undang untuk rakyat biasa? soal Muda.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat