Pengalaman di Kementah abadi selamanya – Tok Mat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Mohamad Hasan menyatakan komitmen untuk meneruskan dasar luar yang progresif, bebas dan berkecuali, selari dengan kepentingan nasional dan peranan antarabangsa Malaysia.

Bagaimanapun menurut beliau, pengalaman berharga yang dilalui di Kementah akan abadi dalam kenangan untuk selamanya.

“Saya menzahirkan rasa terima kasih atas kepercayaan Perdana Menteri untuk saya menerajui Kementerian Luar Negeri. Ia adalah tanggungjawab dan amanah yang berat dan akan saya laksanakan sebaiknya dengan kerjasama dan nasihat para pegawai kanan dan seluruh kakitangan Wisma Putra.

“Insya-Allah, komitmen saya ialah untuk meneruskan dasar luar yang progresif, bebas dan berkecuali, selari dengan kepentingan nasional dan peranan antarabangsa Malaysia. Saya juga mengucapkan terima kasih kepada Senator Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir atas kepimpinan beliau yang cemerlang di Kementerian Luar Negeri.

“Kepada pengurusan tertinggi dan seluruh warga Kementerian Pertahanan dan Angkatan Tentera Malaysia saya sangat terhutang budi dan berterima kasih atas segala kerjasama, saranan dan bantuan yang diberikan kepada saya semasa menjawat jawatan Menteri Pertahanan,” ucap Mohamad.

Sementara itu, kepada Datuk Seri Mohammad Khaled Nordin, selamat bertugas di Kementerian Pertahanan.

“Insya-Allah pengalaman luas Datuk Seri akan memberi manfaat besar kepada warga Kementerian Pertahanan,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat