Menteri Kewangan II diingatkan utamakan ekonomi rakyat

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan diingatkan supaya tidak hanya menumpukan kepada ekonomi negara sahaja sebaliknya wajar menumpukan kepada ekonomi rakyat juga.

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT), Datuk Puad Zarkashi juga berkata, diharap ia akan membantu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengurus ekonomi negara lebih berkesan

“Sudah tentu pelantikan Menteri Kewangan II jadi tumpuan. Diharap ia akan membantu PMX mengurus ekonomi negara lebih berkesan.

“Tidak dipertikaikan latar belakang hebat Menteri Kewangan II yang baru. Luar biasa pengalaman dan kejayaannya. Tetapi jangan fokus pada ekonomi negara sahaja.
Utamakan juga ekonomi rakyat.

“Perlu ada “political will” walaupun dasar itu tidak sesuai pada kaca mata korporat. Dengar denyut nadi rakyat. Menteri Kewangan perlu berjiwa rakyat. Barulah berkesan,” pesan Puad.

Terdahulu Anwar berkata, keputusan mewujudkan semula jawatan Menteri Kewangan II dibuat kerana kementerian itu memerlukan pasukan profesional yang kuat untuk memastikan ia berada di landasan tepat dan fokus kepada ekonomi.

Perdana Menteri berkata perkara itu juga antara sebab kenapa beliau memilih Datuk Seri Amir Hamzah Azizan untuk mengisi jawatan berkenaan.

“Pandangan saya dan saya fikir sudah ada konsensus bahawa Kementerian Kewangan selain diketuai saya, mesti ada pasukan profesional yang kuat untuk memastikan kita berada di landasan yang tepat dan fokus kepada ekonomi, tidak terganggu dengan tekanan lain.

“(Pemilihan) beliau (Amir Hamzah) kerana sudah menunjukkan hasil yang kompeten, kebolehan ketika menguruskan KWSP (Kumpulan Wang Simpanan Pekerja) dengan baik dan memuaskan,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat