Digital libatkan pelbagai agensi punca KKD dipecah – Fahmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Pengasingan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kepada dua kementerian berbeza penting bagi kerajaan meningkatkan pembangunan ekonomi negara khususnya dalam sektor digital.

Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata ini kerana pembentukan dua kementerian berbeza itu khususnya Kementerian Digital, berupaya menyelaraskan semua aspek membabitkan sektor berkenaan.

“Penting saya tegaskan kenapa KKD dipecahkan. Sebab dalam pengalaman saya dan saya dah sampaikan juga kepada Perdana Menteri, aspek digital ini adalah aspek yang sebelum ini mencakupi dan merangkumi sejumlah kementerian yang lain.

“Sebagai contoh, dari segi pelaporan, agensinya adalah MyDigital Corp di bawah Kementerian Ekonomi bagi sektor digital, manakala bagi ‘Startup’ di bawah MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi), ‘Scale up’ di bawa MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) bersama KKD,” lapor BH di Putrajaya pada Rabu.

Mengulas lanjut, Fahmi berkata, dengan pelbagai aspek digital di pelbagai agensi, perlu ada penyelarasan kerana berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030, ekonomi digital akan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara.

“Maka keputusan untuk memisahkan dan menjadikan digital itu satu kementerian, bagi saya itu adalah satu keputusan yang tepat dan tepat pada masanya.

“Dengan ada semua agensi ini nanti, diselaraskan oleh seorang menteri yang fasih dengan undang-undang dan faham dengan pentingnya aspek kawal selia terutama dalam teknologi, bukan hanya AI (kecerdasan buatan), tetapi juga dalam ‘artificial general inteligence’ yang sekarang semakin disebut-sebut,” katanya.

Dalam rombakan Kabinet diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam, KKD dipecahkan menjadi dua kementerian berbeza iaitu Kementerian Komunikasi dan Kementerian Digital.

Kementerian Digital diterajui bekas Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat