Selagi Umno dalam Kerajaan Perpaduan, Islam tak diperlekeh – Asyraf

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Kedudukan Isam sebagai agama Persekutuan tetap terpelihara bahkan Melayu-Bumiputera juga tidak akan sesekali diperlekeh oleh mana-mana pihak.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, selagi Umno dalam Kerajaan Perpaduan dan selagi semua parti hormati perjanjian yang dimeterai sejak awal pembentukan Kerajaan Perpaduan.

“Selagi Umno dalam Kerajaan Perpaduan, selagi semua parti hormati perjanjian yang dimeterai sejak awal pembentukan Kerajaan Perpaduan, Insya-Allah kedudukan Islam sebagai Agama Persekutuan tetap terpelihara bahkan kepentingan Melayu-Bumiputera juga tidak akan sesekali diperlekehkan oleh mana-mana pihak!

“Pengalaman mana-mana negara di dunia, sentimen-sentimen yang menyentuh emosi seperti isu agama dan bangsa ini hanyalah sentimen yang mudah dimainkan apabila perut rakyat terikat dan keadaan ekonomi melarat.

“Jika kerajaan dapat pastikan makanan atas meja rakyat mencukupi dan poket rakyat sentiasa terisi, insya-Allah sentimen-sentimen murahan yang tidak berasas mudah sahaja di ketepi,” tegas beliau.

Selain itu, Asyraf juga mengulas fokus utama Kabinet baharu ialah memulihkan ekonomi negara, meningkatkan pendapatan rakyat dan memastikan harga barang terkawal.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat