Saintis Beri Amaran Kiamat Dari Lautan, Kepupusan Manusia Dalam Tempoh Satu Abad

- Advertisement -

BOSTON – Seorang saintis memberi amaran bahawa kepupusan umat manusia boleh berlaku antara satu atau dua abad lagi akibat jumlah karbon yang terdapat di dalam lautan, lapor akhbar Daily Star semalam.

Profesor geofizik di Institut Teknologi Massachusetts, Daniel Rothman memberi amaran bahawa paras kritikal unsur tersebut di laut adalah kira-kira 300 gigaton dalam masa satu abad. Satu gigaton adalah menyamai satu bilion metrik tan.

Bagaimanapun, katanya, menjelang tahun 2100, unsur karbon di laut dijangka mencecah 500 gigaton.

Sebaik sahaja paras kritikal tersebut dilepasi, huru-hara akan berlaku di planet ini dan umat manusia akan pupus.

Malah, beliau mengatakan, memandangkan proses itu tidak berlaku dalam tempoh satu malam, manusia akan menyedari perkara itu hanya apabila ia sudah terlambat.

“Apa yang kita lihat sekarang adalah amat serius.

“Bagaimanapun, saya tidak tahu berapa banyak yang diperlukan untuk meletakkan kita pada titik puncak yang akan mewujudkan malapetaka global untuk ekosistem global,” katanya.

Rothman menambah, jumlah besar karbon yang dipam ke atmosfera boleh menyebabkan gangguan yang tidak dapat dibayangkan.

“Setiap kali terdapat peristiwa besar dalam sejarah kehidupan, terdapat juga gangguan besar yang berlaku terhadap alam sekitar. Kombinasi seperti ini cenderung berlaku,” jelasnya.

Jika jumlah karbon di lautan terus meningkat pada kadar yang tetap ia boleh melepasi ambang kritikal yang menjadikan lautan terlalu berasid untuk dihuni oleh ikan.

Unsur itu amat penting sehingga empat daripada lima kejadian kepupusan besar-besaran di Bumi dikaitkan dengannya. – Agensi

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat