Semua Indikator Utama Jangkitan Covid-19 Catat Penurunan – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Semua indikator utama jangkitan Covid-19 dalam negara menunjukkan penurunan sehingga Sabtu lalu bersamaan Minggu Epidemiologi (ME) ke-49.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, perkembangan positif itu selari dengan penurunan kadar kebolehjangkitan (Rt) dalam negara.

“Sehingga 11 Disember 2021 [Minggu Epidemiologi (ME) ke-49], sebanyak 2,688,149 kes kumulatif Covid-19 telah dilaporkan dengan 60,778 kes aktif dan 30,862 kes kumulatif kematian,” katanya.

Beliau menyatakan demikian menerusi kenyataan bagi mengulas analisa situasi semasa jangkitan Covid-19 untuk Minggu Epidemiologi Ke-49.

Menurut Noor Hisham, kes baharu menurun sebanyak 3.5 peratus daripada 34,897 kes (ME ke-48) kepada 33,675 kes (ME ke-49).

Selain itu tambah beliau, purata kes aktif Covid-19 turut mencatatkan penurunan sebanyak lima peratus secara konsisten selama dua minggu.

“Tren penurunan kes ini dicatatkan sejak tiga minggu lepas mulai ME ke-46,” jelasnya.

Ujar Noor Hisham, bilangan kes kematian disebabkan jangkitan Covid-19 pula kekal konsisten menunjukkan penurunan sebanyak 2 peratus sejak enam minggu lalu.

“Purata kes Covid-19 yang memerlukan rawatan di ICU (Unit Rawatan Rapi) menunjukkan penurunan sebanyak 8 peratus iaitu 386 kes (ME ke-48) kepada 356 kes (ME ke-49).

“Purata kes Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan turut menunjukkan penurunan 2.5 peratus iaitu dari 163 kes (ME ke-48) ke 158 kes (ME ke-49),” kata Noor Hisham.

Bagaimanapun beliau memberitahu, semua kategori kluster menunjukkan peningkatan, kecuali kluster aktiviti keagamaan, pusat tahanan dan import. – MalaysiaGazette

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat