RUU Perbekalan (Belanjawan) 2022 Diluluskan Tanpa Sebarang Pindaan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2022 diluluskan tanpa sebarang pindaan di Dewan Rakyat, hari ini, selepas bacaan kali ketiga yang diputuskan melalui persetujuan undi suara majoriti.

Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, yang bangun untuk mengemukakan supaya usul RUU Perbekalan 2022 itu dibacakan kali ketiga, turut tidak berdepan sebarang tentangan daripada blok pembangkang.

“Bahawa Dewan ini, mengikut Subseksyen 4(3) Akta Kumpulan Wang Pembangunan 1966 (Akta 406), membuat ketetapan iaitu suatu jumlah wang sebanyak tidak lebih daripada RM77.6 bilion dibelanjakan daripada Kumpulan Wang Pembangunan bagi 2022, dan bagi tujuan dan butiran Perbelanjaan Pembangunan yang dinyatakan di bawah Maksud Pembangunan atau ‘P’ dalam senarai Anggaran Perbelanjaan Persekutuan 2022.

“…yang dibentangkan sebagai Kertas Perintah 32 Tahun 2021, adalah diuntukkan di bawah maksud-maksud yang berkenaan jumlah-jumlah yang bersetentangan dengan butiran-butiran itu di ruangan enam dan tujuh senarai berkenaan,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Azhar Azizan Harun, kemudian mengumumkan RUU Perbekalan 2022 diluluskan selepas mendapat persetujuan undi suara majoriti Ahli Parlimen.

“Maka, usul RUU Perbekalan 2022 ini disetujukan,” katanya. – BH

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat