Anggota ERT Mangsa Letupan Kilang Habuk Kayu Meninggal Dunia

- Advertisement -

JOHOR BAHRU – Anggota pasukan tindakan kecemasan (ERT) kilang, Mohamad Azuraini Mahrani yang dipercayai cedera parah semasa operasi memadam kebakaran di sebuah kilang memproses habuk kayu di Segamat pada Ahad, meninggal dunia di Hospital Segamat, pada Isnin.

Adik mangsa, Azizul Mahrani, ketika dihubungi berkata, arwah abangnya meninggal dunia pada jam 9.24 pagi Isnin, beberapa jam selepas pemergian anggota bomba Mohd Firdaus Sulaiman, akibat melecur teruk.

Pemergian Allahyarham Azizul, 40, disahkan pegawai perubatan di Hospital Segamat.

“Pegawai perubatan memaklumkan pada saya, arwah abang melecur 80 peratus dan itu yang menyebabkan organ dalamannya gagal berfungsi ketika dirawat,

“Arwah abang meninggalkan seorang isteri, Normala Sudirman, 40 tahun dan dua anak perempuan dan seorang anak lelaki berusia antara lapan hingga 12 tahun.

“Usai bedah siasat, jenazah abang akan dibawa pulang ke Felda Redong,Segamat untuk dikebumikan di kampung halaman.

“Buat masa ini, keluarga masih bersedih dengan pemergian arwah, akan tetapi, keadaan semakin tenang dan kami redha dengan ketentuan qada’ dan qadar,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI, pada Isnin.

Jelas Azizul, kali terakhir beliau bertemu arwah abangnya itu adalah pada 21 November lepas, ketika mereka sedang bercuti di kampung halamannya di Felda Redong, Segamat.

Tambahnya, ketika itu, arwah Azuraini dalam keadaan sihat, dan mereka sempat pergi berkebun bersama-sama.

Terdahulu, pegawai bomba, Mohd Firdaus yang turut terlibat dalam insiden letupan kilang bersama-sama Mohamad Azuraini, disahkan meninggal dunia pada pukul 4.15 pagi ketika menerima rawatan di unit rawatan rapi (ICU) hospital sama. – Awani

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat