Lantik Mohd Dusuki sebagai ‘orang dia’ balas budi kepada Zahid? – Mas Ermieyati

- Advertisement -

KUALA LUMPUR — Ahli Pelimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin hari ini meminta penjelasan dari Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said mengenai perlantikan Mohd Dusuki Mokhtar sebagai peguam negaraz

Beliau mempersoalkan adakah pelantikan itu sebagai tanda membalas budi kerana pernah terlibat dalam memberikan hujah 11 alasan mengapa Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi perlu dilepaskan tanpa dibebaskan (DNAA) ketika memegang jawatan Ketua Bahagian Rayuan dan Perbicaraan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menurutnya lagi adakah ini mempunyai kaitan dengan ucapannya ketika Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 supaya Perdana Menteri melantik ‘orang dia’ sebagai Peguam Negara.

“Perlantikan peguam negara ini menjadi cakap-cakap di luar sana apabila (Mohd Dusuki) sebelum ini merupakan ketua bahagian rayuan dan perbicaraaan AGC terlibat dalam memberi hujah 11 untuk (DNAA) Yang Berhormat Bagan Datuk (Zahid) ini dilepaskan tanpa dibebaskan.

“Adakah disebabkan oleh budi yang diberikan oleh beliau, beliau dilantik, sebagai Peguam Negara? sebagaimana yang disoal oleh rakyat di luar sana?

“Kita masih ingat dalam PAU 2022, Yang Berhormat Pengerang pernah sebut, Perdana Menteri perlu melantik ‘orang kita’ sebagai Peguam Negara.

“Inilah hasilnya,inilah hasilnya ‘orang dia’ dilantik,” katanya ketika membahaskan peringkat Jawatankuasa bagi Rang Undang-Undang Perbekalan 2025 di Dewan Rakyat, di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata institusi perundangan di negara ini perlu dibersihkan supaya tidak ada lagi persepsi negatif.

Untuk rekod, Mohd Dusuki dilantik sebagai Peguam Negara yang baharu menggantikan Ahmad Terrirudin Mohd Salleh susulan pengalaman yang luas selama 31 tahun dalam perkhidmatan perundangan di Jabatan Peguam Negara.

Sebelum ini Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan Mohd Dusuki yang merupakan Timbalan Pendakwa Raya ketika itu untuk melepaskan tanpa membebaskan Zahid, apabila pihak pendakwaan memutuskan untuk memberhentikan prosiding, kerana mereka berhasrat menyiasat kes itu dengan lebih mendalam.

author avatar
Jannah Jalidar
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat