Armada Bersatu cadang Daim disemadi di Makam Pahlawan, diberi penghormatan negara

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Armada Bersatu mencadangkan jenazah Allahyarham Tun Daim Zainuddin diberi penghormatan negara dengan solat jenazah didirikan di Masjid Negara, dan disemadikan di perkarangan Makam Pahlawan, Kuala Lumpur.

Ketuanya Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, penghormatan ini sebagai menghargai sumbangan besar Allahyarham Daim kepada negara.

“Armada Bersatu ingin merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Almarhum Tun Daim Zainuddin di atas kembalinya Almarhum Tun ke rahmatullah. Almarhum telah banyak menyumbang khidmat jasa kepada perjuangan agama, bangsa dan negara.

“Sebagai menghargai sumbangan besar Almarhum kepada negara, Armada Bersatu mencadangkan jenazah Almarhum Tun Daim diberi penghormatan negara dengan solat jenazah didirikan di Masjid Negara dan disemadikan di perkarangan Makam Pahlawan, Masjid Negara, Kuala Lumpur,” cadang beliau.

Bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin yang menghembuskan nafas terakhirnya pagi tadi pada usia 86 tahun.

Allahyarham meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Assunta, Petaling Jaya.

Jenazah Allahyarham dibawa pulang ke rumah di Persiaran Bukit Tunku sebelum solat jenazah dijangka selepas solat Asar di Masjid Wilayah, Jalan Duta.

Jenazah akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1.

Daim berkhidmat sebagai Menteri Kewangan dua kali, yang pertama dari 1984 hingga 1991 di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad di mana beliau memainkan peranan penting dalam mengurus ekonomi Malaysia dan melaksanakan pelarasan struktur.

Beliau kemudian kembali untuk penggal kedua dari 1999 hingga 2001, sekali lagi di bawah Dr Mahathir, untuk menangani isu ekonomi berikutan krisis kewangan Asia ketika itu.

Dilahirkan pada 29 April 1938 di Kedah, Allahyarham pernah berkhidmat sebagai Ahli Parlimen selama lima penggal antara 1982 dan 2004.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat