Zynakal lupa debaran?

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Penyanyi, Zynakal tetap memberikan persembahan terbaik, biarpun tanpa kehadiran penonton yang menyaksikan malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33 secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil, malam ini.

ABPBH 33 yang dibawakan syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi sebagai penaja utama akan disiarkan secara langsung menerusi TV3, jam 9 malam ini.

Zynakal berkata, dia terlalu teruja hingga hampir terlupa debaran untuk beraksi, malam ini.

Zynakal dan Yonnyboii akan mempersembahkan lagu popular, Sakit menerusi persembahan malam kemuncak ABPBH 33, malam ini. - Foto IG Zynakal
Zynakal dan Yonnyboii akan mempersembahkan lagu popular, Sakit menerusi persembahan malam kemuncak ABPBH 33, malam ini. – Foto IG Zynakal

 

“Memanglah terasa ada kekurangan kerana tiada sorak penonton. Bagaimanapun, saya akan tetap memberikan persembahan terbaik untuk penonton di rumah.

“Ini kali pertama saya dan Yonnyboii mempersembahkan lagu Sakit menerusi acara yang berskala besar, jadi tentulah tidak mampu menyembunyikan perasaan teruja. Bukan mudah untuk mendapatkan peluang keemasan ini.

“Sebagai orang baharu, saya rasa bangga apabila dapat berkongsi pentas bersama penyanyi hebat dan popular lain,” katanya kepada BH Online.

Selain tampil membuat persembahan, Zynakal turut membolosi kategori Artis Baharu Lelaki Popular Xiaomi Malaysia.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat