Berdebar menanti reaksi penonton

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Kumpulan jolokan Blackpink Malaysia, Dolla cukup berdebar menantikan reaksi penonton melihat persembahan julung kali mereka pada malam kemuncak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-33, malam ini.

ABPBH 33 yang dibawakan syarikat elektronik multinasional China, Xiaomi sebagai penaja utama, akan disiarkan dari Axiata Arena, Bukit Jalil menerusi kaca TV3, jam 9 malam ini.

Dianggotai Sabronzo, Tabby, Syasya dan Angel, kumpulan itu akan menyanyikan lagu popular daripada kumpulan Korea, Blackpink dalam persembahan malam ini.

Kumpulan Dolla menyampaikan lagu popular Blackpink. - NSTP/Asyraf Hamzah
Kumpulan Dolla menyampaikan lagu popular Blackpink. – NSTP/Asyraf Hamzah

 

“Kami anggap ini adalah pendedahan baik untuk kumpulan baharu seperti Dolla. Semestinya, kami tidak harus melepaskan peluang keemasan ini.

“Kami tak sabar mahu menantikan reaksi penonton di kaca televisyen. Sebagai persediaan, kami sudah berlatih sejak dua minggu lalu bagi memantapkan vokal dan gerak tari,” kata anggota kumpulan, Sabronzo.

Berita Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat