Ranhill Utilities raih kontrak RM9.78 juta bagi pulihkan Loji Rawatan Air Sembrong Barat

- Advertisement -

CYBERJAYA: Ranhill Utilities Bhd meraih kontrak sebanyak RM9.78 juta, yang merupakan sebahagian daripada program pemulihan Loji Rawatan Air Sembrong Barat di Kluang, Johor.

Ranhill Utilities berkata, kontrak tersebut dianugerahkan oleh Ranhill SAJ Sdn Bhd yang melibatkan reka bentuk, pembinaan, ujian dan pentauliahan sistem mircostainer serta kerja berkaitan.

Ranhill Utilities memiliki 80 peratus pegangan saham Ranhill SAJ dan baki 20 peratus kepentingan syarikat itu dimiliki Perbadanan Setiausaha Kerajaan Negeri Johor.

Ranhill SAJ juga merupakan pengendali air bersepadu di Johor dan terlibat dalam pengabstrakan air mentah, rawatan air, pengedaran dan penjualan air terawat kepada pengguna.

Menurut Ranhill Utilities dalam pemakluman di Bursa Malaysia, kontrak tersebut mengambil masa selama sembilan bulan dan dijangka siap menjelang Julai tahun depan.

Kumpulan itu juga berkata, anak syarikat miliknya, Ranhill Water Technologies Sdn Bhd memperoleh kontrak itu melalui pelaksanaan tender terbuka kompetitif yang dijalankan Ranhill SAJ.

Sehubungan itu, menurut Ranhill Utilities, memenangi kontrak berkenaan menunjukkan bukti keupayaan dan rekod prestasi Ranhill Water dalam menggunakan sistem penapis mikro untuk meminimumkan kepekatan alga yang memasuki loji rawatan air sedia ada bagi memastikan prestasi kualiti yang lebih baik.

“Ini akan menjadikan sistem microstrainer pertama yang digunakan dalam loji rawatan air di negara ini untuk mengeluarkan alga daripada air empangan.

“Sistem penapis mikro akan membantu Loji Rawatan Air Sembrong Barat mengatasi isu ledakan alga (blooming alga) yang bermusim di Empangan Sembrong,” kata Ranhill Utilities.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat