‘Jangan Peduli Anjing Menyalak’ – Abdul Hadi

- Advertisement -

KOTA BHARU- PAS mengingatkan ahlinya supaya tidak mewujudkan sebarang perpecahan dalam mendepani Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) agar tidak menjadi lesung dan alu berlaga, ayam pula yang kenyang.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, parti Islam itu wajib menghadapi PRU-15 dengan usaha perpaduan yang sedang dibina hari ini.

“Sekarang kita sudah tangkap ayam yang makan beras dan padi yang tumpah, maka jangan diulang lagi dalam PRU-15 sehingga ayam pula terlepas, tangan pula berbau tahi.

“Mari sama kita berakit, kita sambut datang membeli, teguh bersatu laksana bukit, anjing menyalak jangan dipeduli,” katanya memetik laporan Harian Metro dalam ucapan dasar perasmian Muktamar Tahunan PAS ke-66, di Kota Bharu, hari ini.

Abdul Hadi memberitahu, kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang terbentuk hari ini menyambung pentadbiran negara dan langkah mengambil alih kerajaan yang dikosongkan oleh PH bukan langkah spontan atau segera.

“Perpaduan Islam dimulakan dengan penggabungan PAS dan UMNO terlebih dahulu bagi menegakkan kepimpinan Islam sehingga UMNO meminda perlembagaannya dengan meletakkan Islam di hadapan kerana semangat Muafakat Nasional (MN).

“Kemudian diikuti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dan pecahan daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR), Gabungan Parti Sarawak (GPS), parti yang mewakili pelbagai kaum dan agama termasuk parti bukan Islam yang menerima konsep perpaduan nasional seterusnya PN Berjaya ditubuhkan.

“Kerajaan PN hari ini menyambung suatu wawasan baharu yang sedang diisi dalam masa terdekat dan singkat menerusi kerajaan sementara ini serta bersedia untuk membina sebuah kerajaan yang lebih kukuh melalui demokrasi dan menjadi pilihan rakyat dalam PRU-15 nanti,” katanya.

Muktamar Tahunan PAS kali ke-66 ini memilih tema ‘Islam Memperkukuh Perpaduan’ yang juga rantaian dari tema muktamar terdahulu.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat