Hajiji harap siasatan kematian Zara capai keadilan selayaknya

KUALA LUMPUR – Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor berharap siasatan kes kematian Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir dipermudahkan dan mencapai keadilan selayaknya.

Ujar Hajiji, kehilangan Zara bukan sahaja dirasai oleh keluarganya tetapi juga seluruh rakyat Sabah dan Malaysia.

“Saya dan isteri berkesempatan bertemu dengan Puan Noraidah binti Lamat, ibu kepada Allahyarhamah adik Zara Qairina binti Mahathir dan turut berkongsi rasa sedih dan simpati yang mendalam.

“Tiada kata yang mampu menghapuskan luka seorang ibu yang kehilangan anak tercinta. Namun dalam setiap pelukan dan genggaman tangan, terselit doa agar beliau diberikan kekuatan oleh Allah.

“Kita mendoakan agar roh Allahyarhamah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, keluarganya terus diberi kekuatan dan ketabahan, serta semoga siasatan kes kematian ini dipermudahkan dan mencapai keadilan selayaknya.

“Al-Fatihah untuk Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir,” ucap Hajiji.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat