Litar Drag Akan Dibina Setiap Negeri – PM

- Advertisement -

TERENGGANU: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan alan membina sebuah litar drag untuk drag race disetiap negeri.

kata Ismail Sabri, cadangan ini akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.

Beliau berkata demikian ketika bersama-sama anak-anak muda ‘riders’ sempena Perhimpunan RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip, pada Sabtu.

“Bersama-sama anak-anak muda ‘riders’ sempena Perhimpunan RXZ Members 4.0 Tahun 2022 di Terengganu International Drag Strip hari ini.

”Kagum melihat sokongan dan penyertaan luar biasa anak-anak muda di Terengganu International Drag Strip hari ini yang sanggup meredah hujan dan panas menunggang ‘jentera retro’ masing-masing sama ada secara berseorangan atau berkonvoi.

”Semangat RXZ sentiasa membara di jiwa namun keselamatan perlu sentiasa diutamakan. Saya diberitahu, Kelab RXZ Members ini merupakan idea enam orang anak muda yang merupakan anak jati kampung di Kuala Terengganu pada tahun 2016.

”Bagi memperkasakan program pembangunan sukan permotoran di negara ini, Kerajaan bersetuju untuk membina sekurang-kurangnya sebuah litar drag untuk drag race di setiap negeri. Cadangan ini akan dimasukkan dalam Bajet 2023 yang akan dibentangkan pada Oktober ini.” Katanya.

Jelas Perdana Menteri, dengan pembinaan litar ini kelak, sudah tentu akan memberi peluang kepada golongan belia untuk membabitkan diri lebih serius dalam sukan permotoran mengikut saluran yang betul.

Anak Muda – Jalan Terus!, katanya. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat