Wan Rosdy Serah Surat Tawaran Skim Tanah Warisan

- Advertisement -

KUALA MEDANG: Menteri Besar Pahang, Dato’ Sri Wan Rosdy Wan Ismail menyerahkan Surat Tawaran Tanah Warisan (STW) Kepada 250 orang yang terpilih.

Menurut Wan Roady, STW merupakan produk terbaru Kerajaan Negeri Pahang bagi membolehkan rakyat memiliki tanah, sekali gus membina kediaman sendiri.

Beliau berkata demikian sempena Majlis Pelancaran dan Penyerahan Surat Tawaran Skim Tanah Warisan (STW) Kuala Medang.

“STW merupakan produk terbaru Kerajaan Negeri Pahang bagi membolehkan rakyat memiliki tanah, sekali gus membina kediaman sendiri.

”Di bawah program STW ini, lot-lot tapak rumah tersebut ditawarkan pada harga yang sangat minima bagi setiap lot, di mana Kerajaan Negeri memberikan subsidi kepada premium tanah dan juga kos pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, sistem perparitan, bekalan air, elektrik dan lain-lain.” katanya.

Menurut beliau lagi, bagi menyeimbangi taraf sosio-ekonomi penduduk di Negeri Pahang, kumpulan sasar skim ini adalah terdiri daripada penduduk setempat dan yang berpendapatan rendah.

”Pilot Project bagi pelaksanaan program STW ini adalah di Kuala Medang, Lipis di atas tanah kerajaan seluas 30.425 hektar yang akan memberi manfaat kepada 250 orang peserta.

”Keluasan bagi setiap lot tanah kediaman adalah antara 8,000 kaki persegi hingga 10,000 kaki persegi. Dan bayaran premium bagi setiap plot ditetapkan sebanyak RM10,000 ringgit sahaja.” ujar Wan Rosdy.-SUARATV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat