Umno Minta MIC Tidak Dahului Keputusan RoS

- Advertisement -

SHAH ALAM – Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan meminta MIC supaya tidak mendahului keputusan Jabatan Pendaftar Pertubuhan Malaysia (RoS) dalam isu status perjawatan Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Beliau berkata, ini kerana sebarang kenyataan yang mengatakan jawatan dalam UMNO termasuk presidennya kini adalah berstatus ‘caretaker’ masih belum lagi dimuktamadkan.

“Pertama, RoS sendiri mengakui bahawa mereka masih mengkaji dokumentasi penuh yang diserahkan oleh Setiausaha Agung (SUA) UMNO beberapa hari lepas.

“Kedua, pihak UMNO masih mempunyai hak untuk memutuskan tindakan selanjutnya andai kata ROS masih kekal dengan pandangan mereka setelah habis mengkaji segala dokumentasi yang diserahkan oleh SUA UMNO.

“Perkara itu adalah berkaitan dokumentasi menyokong pendirian pengurusan parti bahawa keputusan menangguhkan pemilihan ialah sah dan dibuat sebelum tamat tempoh 30 Jun 2021,” katanya dalam satu kenyataan di Facebooknya pada Khamis.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan Presiden MIC, Tan Sri SA Vigneswaran meminta agar jawatan Pengerusi Barisan Nasional (BN) diserahkan sementara kepada parti komponen lain atas alasan bahawa MKT UMNO kini hanya berstatus ‘caretaker’.

Shahril berkata, RoS ketika ini juga masih belum memberi sebarang isyarat dan kenyataan mempertikai status UMNO sebagai parti politik sah.

Tambah beliau, cadangan berkaitan pertukaran Pengerusi BN itu sekiranya perlu dilakukan adalah lebih elok diadakan melalui mesyuarat tertutup.

“Agak janggal jika MIC menggesa mesyuarat tetapi sebelum mesyuarat berlaku pun sudah menghebahkan cadangan. Ini dikhuatiri hanya menambah kepada kekeruhan.

“Seperti saya sebut, MIC dan UMNO bersahabat dan saling menghormati. Apa sahaja pasang surut politik parti masing-masing, jenama biru BN yang telah mewarnai negara berdekad lamanya wajar dipertahan dan diperkukuh,” ujarnya.

– Sinar Harian

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat