Covid: 100 Penduduk Saman RM1 Juta Terhadap Pemilik Nasi Kandar Salleh

- Advertisement -

Seramai 100 penduduk dan pemilik kedai yang terjejas memfailkan saman berjumlah RM1 juta terhadap pemilik restoran Nasi Kandar Salleh yang melanggar perintah pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh kuarantin wajib.

Persatuan Pengguna Kedah (CAKE) Mohamad Yusrizal Yusoff berkata, berdasarkan nasihat peguam pihaknya akan menyaman pemilik kedai itu dan menuntut ganti rugi kerana menyebaban pengadu di Napoh, Kubang Pasu, Kedah mengalami kerugian.

“Kami juga menerima seramai 100 pengadu yang terjejas dan 6 badan bukan kerajaan (NGO) yang akan turut serta menyaman pemilik kedai itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau bagaimanapun menyambut baik langkah kerajaan yang mendenda pemilik restoran itu RM12,000 dan dihukum penjara 5 bulan.

“Kami berharap tindakan ini akan memberi pengajaran kepada orang lain supaya tidak sewenang-wenangnya melanggar SOP ditetapkan kerajaan,” katanya.

Terdahulu, pemilik restoran itu Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, didapati bersalah atas pertuduhan mengingkari perintah pengawasan dan pemerhatian dalam tempoh kuarantin wajib pada 14 Julai lalu.

Dia didakwa meninggalkan premis yang ditetapkan untuk menjalani pengawasan dan pemerhatian dengan berada di Bank Rakyat Cawangan Jitra, Kubang Pasu, jam 4.40 petang.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat