ATM Ambil Pendekatan Maafkan Asri Janggut – Panglima ATM

Peruntukkan RM2.07 Juta Bantu Golongan B40 Di Labuan: Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan (PL) memperuntukkan RM2.07 juta bagi Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 untuk membantu golongan B40 dan miskin di...

Mayat Pelajar Malaysia Di Taiwan Mati Dibunuh Ditemui Dalam Hutan

TAIPEI – Keluarga mangsa bunuh di Taiwan yang merupakan warganegara Malaysia akan berlepas ke negara itu selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dengan...

KTMB Lanjut Promosi Diskaun 50 Peratus Tiket ETS Hingga 16 November

PUTRAJAYA - Tidak sampai tiga jam Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rayuan menerusi akaun sosial beliau berhubung tawaran diskaun tiket Keretapi Tanah Melayu...

Penjara Sungai Udang Jadi Hospital Sementara Banduan Positif Covid-19

MELAKA - Sebuah hospital sementara akan dibuka di Penjara Sungai Udang di sini, sebagai persediaan sekiranya berlaku peningkatan kes positif koronavirus (Covid-19) dalam kalangan...

1,000 Pesakit Covid Pulih Hari Ini, 659 Kes Baru Direkodkan – KKM

PUTRAJAYA - Malaysia mencatatkan sebanyak 1,000 kes pulih sepenuhnya COVID-19 pada 31 Oktober menjadikan ia jumlah terbesar sejak pandemik ini melanda negara. Menurut Ketua Pengarah...

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menerima permohonan maaf Mohd Asri Hamid atau Asri Janggut yang memberi gambaran negatif terhadap pasukan keselamatan itu ketika diwawancara secara langsung menerusi Facebook Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) pada 11 Ogos lalu.

Panglima ATM, Jeneral Tan Sri Affendi Buang yang meneliti video tersebut berkata, walaupun kenyataan tersebut keterlaluan dan mengguris hati warga ATM terutama mereka yang bergama Islam namun sebagai manusia biasa tidak ada mana-mana pihak yang terkecuali melakukan kesilapan.

“Oleh yang sedemikian, ATM mengambil pendekatan menerima permohonan maaf individu berkenaan yang disiarkan juga di media sosial PPIM pada 12 Ogos 2020.

“Semoga apa yang berlaku dapat dijadikan sebagai satu pengajaran kepada seluruh rakyat Malaysia agar sentiasa peka dan berhati-hati dalam mengeluarkan kenyataan atau pendapat atau pandangan mahupun apa jua ulasan tanpa sebarang rujukan atau fakta yang boleh mencetuskan sebarang polemik,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan mengulas permohonan maaf pengasas Hot Burger Malaysia itu yang berkata kebanyakan anggota polis dan tentera tidak menunaikan solat dan selalu merokok.

Kenyataan tersebut mencetuskan kemarahan pelbagai pihak biar pun Asri sebelum itu disanjung kerana mendedahkan salah laku pihak berkuasa tempatan serta pasukan keselamatan yang melindungi premis judi di Sungai Buloh.

Sehari selepas mengeluarkan kenyataan itu Asri tampil memohon maaf dan menyifatkan kata-katanya itu lahir dari kesilapannya.

Mengulas lanjut, Affendi menasihatkan semua pihak supaya menjaga tutur kata selaras dengan tuntutan agama Islam yang mwajibkankan umatnya sentiasa menjaga lidah seperti mana diriwayatkan dalam hadis berikut :

Daripada Sahl bin Sa’d RA, daripada Rasulullah SAW, Baginda SAW bersabda:
“Sesiapa yang menjamin bagiku apa yang ada di antara tulang dagunya (mulut dan lidah) dan apa yang ada di antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjamin baginya syurga.” (Hadis riwayat al-Bukhari, No: 6474, 6807, at-Tirmizi, No: 2408, Ahmad, No: 21757)

Katanya, pengajaran yang boleh diambil dari hadis tersebut adalah Allah SWT telah mencipta syurga dan neraka di akhirat sebagai destinasi abadi seseorang hamba. Apabila dia melakukan amal kebaikan, balasan syurga akan menanti dan sebaliknya jika melakukan amal kejahatan maka nerakalah tempat kembali.

“Jaminan syurga kepada seseorang Muslim yang dapat menjaga mulut, lidah dan kemaluannya. Menjaga mulut ialah menjauhi makanan dan sumber yang haram.

“Menjaga lidah pula dengan memperbanyakkan berzikir, memohon keampunan dan bertaubat daripada dosa-dosa yang telah dilakukan. Keutamaan menjaga lidah kerana daripadanya akan lahir perbuatan yang akan membawa kepada dosa-dosa dan sebagainya.

“Awasilah dalam berkata-kata. Jangan disebabkan tergelincir dan kelembutan lidah yang tidak bertulang menjadi punca dosa dan dimasukkan seseorang ke dalam neraka,” ujar beliau memetik pengajaran hadis tersebut.

Menurutya, ATM berharap agar perkara seumpama ini tidak akan berulang di masa mendatang dan menyeru masyarakat untuk tidak membangkitkan lagi perkara itu di khalayak umum bagi menjaga keharmonian semua.

Tambah beliau, sesungguhnya memaafkan kesalahan orang lain itu adalah dituntut dalam agama Islam kerana Islam merupakan agama perdamaian dan kemaafan.

Katanya, perbuatan memaafkan orang lain bukan sahaja membuatkan hati si pesalah tadi berasa tenang, tetapi Allah SWT turut akan menurunkan ketenangan itu kepada orang yang memaafkan.

“Bahkan, katanya, Allah SWT juga begitu memuliakan mereka yang memaafkan orang lain.

Affendi juga memetik maksud ayat al-Quran: “Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang makruf serta jangan mempedulikan orang-orang yang jahil.” (Surah al-A’raf, ayat 199).

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Topik Hangat

Muhyiddin Pertimbang Letak Jawatan?

CYBERJAYA: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, dilaporkan memanggil menteri kabinet ke rumahnya malam ini bagi membincangkan keputusan Yang Di-Pertuan Agong menolak cadangan kabinet...

Ahmad Zahid Tukar Fikiran, Tak Jadi Jumpa Muhyiddin

PUTRAJAYA- Hari ini, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua parti yang menyokong Perikatan Nasional (PN) bagaimanapun, Presiden UMNO, Datuk Seri...

Perubahan Besar Berlaku Esok, Kata Shahidan

Kuala Lumpur - Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Shahidan Kassim membayangkan satu perubahan besar bakal berlaku esok. Beliau yang juga merupakan...

Berita Berkaitan

Peruntukkan RM2.07 Juta Bantu Golongan B40 Di Labuan: Annuar Musa

KUALA LUMPUR: Kementerian Wilayah Persekutuan dan Perbadanan Labuan (PL) memperuntukkan RM2.07 juta bagi Inisiatif Wilayah Cakna 4.0 untuk membantu golongan B40 dan miskin di...

Mayat Pelajar Malaysia Di Taiwan Mati Dibunuh Ditemui Dalam Hutan

TAIPEI – Keluarga mangsa bunuh di Taiwan yang merupakan warganegara Malaysia akan berlepas ke negara itu selepas dibenarkan berbuat demikian oleh pihak berkuasa dengan...

KTMB Lanjut Promosi Diskaun 50 Peratus Tiket ETS Hingga 16 November

PUTRAJAYA - Tidak sampai tiga jam Datuk Seri Najib Tun Razak meluahkan rayuan menerusi akaun sosial beliau berhubung tawaran diskaun tiket Keretapi Tanah Melayu...