Lapor Segera Jika Nampak Individu Pakai Gelang Kuarantin Berkeliaran – Polis

- Advertisement -

“Laporkan segera jika ternampak individu memakai gelang merah jambu berkeliaran di daerah ini,” kata Ketua Polis Daerah Padang Terap Deputi Superintendan Mulkiaman Manzar.

Beliau berkata, individu yang disaring dan memakai gelang merah jambu perlu dikuarantin sepenuhnya di rumah selama 14 hari.

“Pemakai gelang merah jambu tidak dibenarkan keluar rumah,” katanya ditemui di Padang Terap, hari ini.

Selain itu, Mulkiaman berkata, dia juga berharap tiada individu yang cuba keluar secara sembunyi melalui lorong tikus atau jalan kampung di kawasan Padang Sanai kerana ia meningkatkan risiko penularan Covid-19.

“Setakat ini, kita laksanakan tiga sekatan jalan raya (SJR) di Padang Terap terutama di kawasan Padang Sanai.

“Seramai 300 penduduk membabitkan 80 keluarga di kawasan Padang Sanai kini berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Pentadbiran selepas sebuah keluarga didapati positif Covid-19 akibat jangkitan Kluster Sivagangga,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat