Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh Dipenjara 5 bulan, Denda RM12,000

- Advertisement -

Pemilik Restoran Nasi Kandar Salleh dipenjara 5 bulan, denda RM12,000

ALOR STAR: Gara-gara ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian, pemilik kedai Nasi Kandar Salleh di Napoh dihukum penjara lima bulan dan denda RM12,000 oleh Mahkamah Majistret Alor Setar, hari ini.

Pemilik kedai Nasi Kandar Salleh itu merupakan pencetus kluster PUI Sivagangga yang menyebabkan jumlah kes positif Covid-19 meningkat.

Sejurus pertuduhan dibacakan, tertuduh Nezar Mohamed Sabur Batcha, 57, mengaku bersalah di hadapan Majistret Mohd Hadi Hakimi Harun.

Tertuduh mengaku bersalah ingkar perintah pengawasan dan pemerhatian pada 14 Julai lalu.

Akibat wujudnya Kluster Sivagangga, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) Secara Pentadbiran (TEMCO) terpaksa dilaksanakan di empat mukim di Kedah.

Ia berpunca daripada pengusaha kedai nasi kandar di Napoh itu yang didapati positif Covid-19 selepas pulang dari India

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat