Russia Dakwa Tembak Jatuh Tiga Jet Pejuang Ukraine

- Advertisement -

MOSCOW – Kementerian Pertahanan Russia memaklumkan pasukan tenteranya menembak jatuh tiga jet milik tentera Ukraine di timur negara itu.

Lapor Al Jazeera, menurut kementerian, pesawat pejuang Russia memusnahkan jet Su-25 dan Su-24 di wilayah Donetsk di timur Ukraine.

Kedua-dua jet era Soviet itu digunakan oleh tentera udara Ukraine.

“Russia juga memusnahkan sebuah lagi jet pejuang rekaan Soviet, Mig-29 di wilayah Mykolaiv di selatan Ukraine,” jelas kementerian itu.

Sementara itu, Perkhidmatan Kecemasan Ukraine memaklumkan angka kematian akibat serangan udara Russia di Chasir Yar di wilayah Donetsk, meningkat kepada 46.

Katanya, mayat seorang lagi individu ditarik keluar dari bawah runtuhan bangunan kediaman lima tingkat di Chasir Yar.

Baru-baru ini, roket Uragan Russia membedil sebuah blok pangsapuri lima tingkat di wilayah Donetsk menyebabkan sebahagian bangunan berkenaan runtuh. – Utusan

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat