DBKL Gantung Operasi Kelab Komedi Di TTDI

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Jalaluddin Alias memaklumkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) telah menggantung sementara operasi premis sebuah kelab di Taman Tun Dr Ismail (TTDI).

Tegasnya, DBKL telah mengeluarkan notis kepada premis tersebut di bawah Seksyen
101(1)(V) Akta Kerajaan Tempatan 1976 berkuatkuasa 10 Julai lepas.

“DBKL telah mengeluarkan notis kepada premis tersebut di bawah Seksyen
101(1)(V) Akta Kerajaan Tempatan 1976. Premis berkenaan digantung operasi
kerana tidak mempunyai lesen hiburan selaras dengan Seksyen 17, Akta Hiburan
1992.

“Untuk rekod, premis tersebut telah beroperasi tanpa lesen sejak 2014 hingga
2017. Walaupun beberapa permohonan telah dibuat, pengusaha premis gagal
mematuhi pelbagai keperluan pada setiap permohonan.” katanya menerusi kenyataan media, sebentar tadi.

Menurut Jalaluddin lagi, pada tahun 2018, lesen premis berkenaan telah diluluskan dan masih sah sehingga kini, iaitu untuk operasi restoran dan minuman keras.

Sebaliknya, premis tersebut tidak mempunyai lesen hiburan. Mana–mana pengusaha seumpama ini, perlu memiliki lesen premis dan lesen hiburan terlebih dahulu sebelum beroperasi.

“DBKL akan terus mempergiat operasi bagi mengekang aktiviti-aktiviti haram dan
pelanggaran undang-undang di premis hiburan yang berada dalam Kuala Lumpur
dari semasa ke semasa.”

Terdahulu, tular sebuah video memaparkan tindakan seorang pelawak wanita yang menanggal tudung dan membuka pakaiannya di hadapan ramai ketika mengadakan persembahan komedi solo di sebuah kelab di Taman Tun Dr. Ismail, Kuala Lumpur.

Dalam video yang tular berdurasi 53 saat berkenaan, gadis berkenaan mengaku berketurunan Melayu, beragama Islam dan menghafal 15 juzuk al-Quran.

Video tersebut mengundang kecaman sehingga mendapat perhatian banyak pihak termasuklah golongan pendakwah, selebriti dan pelawak yang menyifatkan perbuatannya sangat memalukan dan menghina Islam.

 

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat