Wanita Buat Persembahan Di Kelab Komedi Didakwa

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Seorang wanita yang membuka tudung dan menanggalkan baju kurung ketika membuat persembahan di sebuah kelab komedi di Taman Tun Dr Ismail di sini, dihadapkan ke Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menyebabkan suasana tidak harmoni dalam kalangan penganut agama Islam, bulan lepas.

Bagaimanapun, Siti Nuramira Abdullah, 26, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan itu dibacakan di hadapan Hakim Siti Aminah Ghazali.

Mengikut pertuduhan, wanita itu didakwa mengaku bahawa dia adalah seorang Muslim yang telah menghafal 15 juzuk al-Quran dan kemudian bertindak membuka tudung dan menanggalkan baju kurung sewaktu membuat persembahan di atas pentas.

Perbuatan itu menyebabkan suasana tidak harmoni di atas alasan-alasan agama dalam kalangan penganut agama Islam.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada 6 petang, 4 Jun lepas mengikut Seksyen 298A(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum lima tahun, jika sabit kesalahan.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat