Tiada aset Petronas dirampas oleh waris kesultanan sulu

- Advertisement -

Petronas dalam kenyataan semalam memaklumkan tiada aset mereka di Azerbaijan telah dirampas oleh waris kesultanan Sulu seperti mana dilapor Financial Times semalam.

Semalam Financial Times yang berpangkalan di London melaporkan pasukan peguam waris kesultanan Sulu telah merampas aset Petronas Azerbaijan (Shah Deniz) dan Petronas South Caucasus yang dianggarkan bernilai AS$2 bilion (RM8.9 bilion).

Menurut konglomerat minyak Malaysia ini, kedua-dua anak syarikat mereka memang menerima notis ‘Saisie-arret’ pada 11 Julai, namun tidak berlaku sebarang pemindahan aset.

Saisie-arret’ bermaksud notis pengambil alihan aset bagi mendapatkan jumlah penghakiman/keputusan (award) timbang tara yang diperoleh.

Petronas turut memaklumkan tiada sebarang risiko ke atas kedua-dua anak syarikatnya berikutan kedua-dua telah melakukan pelupusan aset sebelum notis tersebut lagi.

Penghantaran notis ini berikutan kejayaan Waris Kesultanan Sulu mendapat penghakiman sebelah pihak dari Mahkamah Arbitrasi Paris, Perancis, bagi menuntut AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) dari Malaysia sebagai pampasan kerana keengganan kerajaan meneruskan pembayaran wang pemisah sejak 2013.

Bayaran tersebut dikatakan dari Perjanjian 1887 yang ditandatangani Sultan Jamal Al-Alam, Baron De Overbeck dan Alfred Dent mewakili syarikat British Utara Borneo.

Malaysia bagaimanapun menghentikan pembayaran tersebut berikutan tindakan waris kesultanan Sulu menghantar 235 orang bersenjata menyerang Kg. Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 11 Februari 2013.

Mac lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata keputusan ditetapkan penimbang tara, Dr Gondoza Stampa itu sudah dibatalkan dan tidak lagi sah dari segi undang-undang.

“Malaysia juga tidak mengiktiraf tuntutan dan prosiding timbang tara itu kerana tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara,” tegas Wan Junaidi kepada Dewan Rakyat.

Menurut Wan Junaidi lagi itu, firma guaman yang mewakili warga Filipina mengaku waris Sultan Sulu, memohon rundingan semula bayaran wang ihsan bawah Perjanjian 1878.

“Mereka memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid (Mahkamah Madrid) untuk melantik penimbang tara pada 31 Januari 2018, dan Mahkamah Madrid memutuskan untuk melantik penimbang tara dengan Dr Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

“Pada 30 Julai 2019, satu Notis Timbang Tara diserahkan kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion,” katanya.

Kerajaan kemudian mengambil tindakan undang-undang dengan memfailkan kes terebut di Mahkamah Tinggi Sabah.

“Waris Sultan Sulu tidak hadir prosiding itu, dan Mahkamah Tinggi Sabah pada 14 Januari 2020 yang memutuskan Perjanjian 1878 tidak mengandungi apa-apa peruntukan timbang tara.

“Keputusan Mahkamah Tinggi Sabah itu dibawa ke Mahkamah Madrid untuk diiktiraf dan dikuatkuasakan bagi memberhentikan prosiding timbang tara di Sepanyol,” katanya.

Susulan itu, Wan Junaidi berkata, arahan bayaran pampasan yang dikeluarkan penimbang tara pada 25 Mei 2020 telah diketepikan.

Dengan permohonan Malaysia, beliau memaklumkan pada 29 Jun 2021, Mahkamah Madrid membatalkan pelantikan Dr Stampa sebagai penimbang tara dan semua tindakan serta keputusan yang dibuat olehnya terbatal.

“Mahkamah Madrid pada 13 Oktober 2021 memutuskan bahawa ‘Partial Award on Jurisdiction’ yang dikeluarkan oleh Dr Stampa bertarikh 25 Mei 2021 adalah terbatal.

“Namun, penuntut (waris Sultan Sulu) membawa keputusan berkenaan ke Perancis sebelum 13 Oktober 2021 bagi memintas keputusan Mahkamah Madrid itu.

“Pada 29 September 2021, Mahkamah Perancis, tanpa mengetahui keputusan Mahkamah Madrid yang telah membatalkan pelantikan dan keputusan Dr Stampa, sudah mengeluarkan ‘Exequatur Order’ yang mengiktiraf ‘Partial Award on Jurisdiction’ bertarikh 25 Mei 2020 itu.

“Berdasarkan Exequatur Order itu, Dr Stampa telah memindahkan tempat timbang tara dari Madrid ke Paris bagi meneruskan prosiding timbang tara berkenaan,” katanya.

Beliau menjelaskan pada 5 November 2021, penuntut memfailkan permohonan Rayuan Perlembagaan ke Mahkamah Perlembagaan di Sepanyol untuk membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid bertarikh 29 Jun 2021.

Sehubungan itu, katanya, Malaysia memfailkan aduan jenayah terhadap Dr Stampa, kepada Peguam Negara Sepanyol pada 14 Disember 2021 sebagai bantahan kepada tindakan penimbang tara terhadap ketidakpatuhan keputusan Mahkamah Tinggi Madrid, ketidakaturan proses, ketidakadilan serta penghinaan kepada kedaulatan undang-undang.

“Kerajaan Malaysia juga telah memfailkan rayuan untuk membatalkan ‘Exequatur Order’ bertarikh 29 September 2021 dan permohonan menggantung pelaksanaan arahan itu.

“Pada 16 Disember 2021, Mahkamah Rayuan Perancis membenarkan permohonan Kerajaan Malaysia bagi penggantungan ‘Exequatur Order’ yang dikeluarkan pada 29 September 2021.
“Namun, rayuan yang difailkan Malaysia belum diputuskan oleh Mahkamah Rayuan di Paris,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat