Rakyat Selangor Dinasihat Pergi CAC Terdekat, Jangan Tertumpu Di Stadium Melawati – KP Kesihatan

- Advertisement -

KUALA LUMPUR: Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menasihatkan orang ramai di Selangor supaya memilih lokasi Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) terdekat bagi mengelak kesesakan di Stadium Melawati Shah Alam.

Menerusi perkongsian di Twitternya, Dr Noor Hisham berkata terdapat 12 lagi CAC di negeri itu yang boleh dikunjungi orang ramai iaitu masing-masing satu di daerah Klang dan Hulu Selangor serta 10 di daerah Gombak.

Berdasarkan infografik dikongsi, CAC daerah Klang terletak di Dewan Sukan Klang (Dewan Sri Andalas) sementara CAC daerah Hulu Selangor adalah di Klinik Desa Ulu Yam Lama.

Selain itu di daerah Gombak, CAC yang boleh dikunjungi adalah Klinik Kesihatan (KK) Kuang; KK Batu 8; KK AU2; KK Hulu Kelang; KK Taman Ehsan; KK Batu Arang; KK Sungai Buloh; KK Selayang Baru; KK Rawang dan KK Gombak Setia.

— BERNAMA

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat