Kes Baru Covid-19 Cecah 11 Ribu, Menteri Buka Kilang Pergi Bercuti? – Nik Nazmi

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Pengelola PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad mengkritik
Menteri Kanan yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang didakwanya sedang bercuti di Turki.

Kata Ahli Parlimen Setiawangsa itu kes hari ini, 13 Jun 2021 pecah rekod dengan catatan kes baru positif lebih 11,000 kes namun menteri yang bertanggungjawab beri kelulusan kilang beroperasi pergi bercuti.

“Kes baru hari ni dah 11K. Menteri yang bagi kilang bukak boleh bercuti suka hati di Turki,” kata Nik Nazmi di Facebooknya.

“PKP demi PKP, serta darurat dan dengan pelbagai SOP diperkenalkan, melihat kepada angka kes makin tinggi membuatkan rakyat dikurung di rumah sudah entah berapa ratus hari, perasaan sakit hati dan marah mereka kepada kerajaan dan Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah di tahap paling tinggi ketika ini.

“Ramai rakyat telah mengangkat bendera putih kerana terputus bekalan makanan akibat kehilangan pekerjaan serta pendapatan.

“Bantuan kerajaan demi kelangsungan hidup rakyat tidak mencukupi,paling menyayat hati ramai yang telah membunuh diri akibat tertekan dengan dengan perintah kawalan pergerakan (PKP),” catat beliau.

Nik Nazmi menambah, pelaksanaan ordinan darurat dan PKP bermula 11 Januari 2021, PKP 3.0 bermula 1 Jun 2021 dan PKPD,semuanya gagal mengurangkan jumlah kes positif dan jumlah kematian akibat COVID-19, ini jelas menunjukkan kegagalan demi kegagalan sehingga wujudnya desakan supaya perdana menteri dan menteri-menteri meletakkan jawatan.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat