Kenapa Kita Lebih Takut Kepada Makhluk, Berbanding Allah? – Hafiz Suip

- Advertisement -

CYBERJAYA – Penyanyi Hafiz Suip, 31, hari ini berkongsi luahan kerisauan terhadap umat Islam yang menurutnya kini lebih takut kepada ‘makhluk’ melebihi kuasa Tuhan.

Memetik laporan HMetro, Hafiz berkata, umat Islam hari ini lebih tertunggu-tunggu perkembangan yang sedang berlaku berbanding, melakukan suruhan Yang Maha Esa.

“Ketakutan kita terhadap makhluk dah membatasi ketakutan kita terhadap Allah SWT.

“Contohnya, hari-hari tunggu perkembangan terbaharu apa akan ‘jadi’ keesokan hari tapi, suruhan Allah SWT ada tak kita kemaskini?

“Bukan kata tak boleh tahu perkembangan terkini, kena ambil tahu keadaan semasa tapi kedua-duanya kena sama naik. Pasti jumpa cahaya di dalam kegelapan,” katanya.

Penyanyi itu berharap luahan rasanya itu tidak membuatkan orang ramai berasa tidak selesa atau marah, sebaliknya percaya bahawa setiap kejadian adalah IzinNya.

“Jangan marah ye, saya cakap ni pelangkung kepada sendiri.

“Sentiasa ingat dalam fikiran bahawa Allah yang ‘jadikan’ semuanya,” ujarnya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
27,560FollowersFollow
13,813SubscribersSubscribe

Topik Hangat