PUI Novgorod Merupakan Kluster Baharu Covid19 – KKM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Sebanyak tujuh kes baharu positif Covid-19 dilapor hari ini, melibatkan enam kes import dan satu kes penularan tempatan, kata Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.

Beliau berkata ini menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 8,725 dan kes aktif dengan kebolehjangkitan virus itu adalah 83 kes.

“Enam kes import yang telah mendapat jangkitan di luar negara melibatkan dua orang warga Malaysia dan empat bukan warganegara (pemastautin atau dibenarkan masuk ke Malaysia di atas urusan kerja).

“Satu kes penularan di dalam negara pula adalah warga Malaysia iaitu kes daripada Kluster PUI (patient under investigation) Novgorod,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Dr Noor Hisham berkata satu kes telah pulih dan dibenarkan discaj menjadikan jumlah kumulatif kes yang berkenaan adalah sebanyak 8,520 kes iaitu 97.7 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat