PH akan jumpa PM isu RUU Lompat Parti

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk membincangkan berkenaan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti dan inti pati Memorandum Persefahaman (MOU).

Majlis Presiden PH dalam kenyataan pada Isnin menzahirkan rasa kecewa atas kegagalan kerajaan memanggil sidang khas Dewan Rakyat khusus untuk membentang Rang Undang-Undang Anti Lompat Parti seperti yang telah dimaklumkan sebelum ini.

Oleh itu, pimpinan utama PH akan mengadakan pertemuan segera dengan Perdana Menteri bagi membincang RUU Anti Lompat Parti serta perkara-perkara yang terkandung dalam MOU antara pembangkang dan Kerajaan Persekutuan.

“Tiga perkara MOU yang masih perlu dilaksana ialah menetapkan had 2 penggal atau 10 tahun bagi Perdana Menteri; membentang RUU Perkhidmatan Parlimen; dan meminda Peraturan-Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat,” kata kenyataan itu.

Walaupun begitu, PH berharap RUU tersebut akan dapat dibentang, dibahas dan diluluskan pada minggu pertama sidang Dewan Rakyat yang bermula 18 Julai ini.

“Dengan meluluskan RUU ini, maka 15 dari 18 Perkara MOU di antara PH dan Kerajaan Persekutuan akan tercapai, bersamaan dengan 83 peratus,” katanya.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat