Syabas PKK Janushaa – PM

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri mengucapkan tahniah kepada Pegawai Kadet Kanan (PKK) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Janushaa a/p Bala Krishnan Muthiah yang menjadi pegawai wanita pertama negara berjaya menamatkan Pengajian dan Latihan Ketenteraan di United States Naval Academy (USNA).

Menurut Ismail Sabri, beliau amat bangga dengan kejayaan PKK Janushaa yang bukan sahaja membuktikan anak Malaysia hebat di pentas dunia malah menyerlahkan kewibawaan golongan wanita muda Malaysia untuk bersaing dalam dunia ketenteraan.

Majlis Tamat Pengajian ini disempurnakan oleh Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

“Semoga kejayaan ini menjadi suntikan semangat kepada warga TLDM untuk terus berusaha mencapai kejayaan di masa hadapan.

“Syabas dan tahniah PKK Janushaa! Keluarga Malaysia cipta sejarah di persada dunia,” ucap Perdana Menteri pada Isnin.

Pada Mei 2018, Janushaa menjadi wanita Malaysia pertama dipilih untuk menyertai akademi tentera berprestij United States Naval Academy (USNA).

Selama empat tahun beliau belajar untuk menjadi pegawai tentera profesional bersama-sama kadet dari seluruh dunia.

Kedutaan AS sebelum ini berkata Janushaa bercita-cita untuk menjadi juru terbang jet pejuang seperti idolanya, Mejar Patricia Yapp, yang merupakan wanita Asia pertama menjadi juru terbang jet pejuang MiG-29.

Janushaa merancang untuk belajar kejuruteraan aeroangkasa di USNA.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat