Hari menggembirakan buat Jamal Abdillah

- Advertisement -

Kuala Lumpur: “Bahagia hari ini jumpa anak keduaku,” kata penyanyi Datuk Jamal Abdillah sambil menyertakan gambar kemesraannya dengan anaknya, Zaki Yamani kepada Harian Metro.

Penyanyi bergelar Raja Pop yang dihubungi berkata, hari ini adalah hari yang sangat menggembirakan buatnya.

“Ialah masing-masing sibuk. Dia sibuk, saya pun sibuk. Dia baru 16 tahun dan masih sekolah lagi. Saya berkesempatan beli baju untuk dia sebelum ini.

“Saya simpan dah lama untuk dia. Kalau dia nak pakai untuk pertandingan seperti satu program realiti pun tak apa janji dia gembira. Harapan saya agar dia pun gembira dapat jumpa saya dan dia tahu saya sayangkan dia.

“Mungkin dah takdir kami begini. Tak semestinya saya tak sayang anak saya. Harapan saya tinggi untuk dia belajar lebih baik,” katanya yang tidak menyebut lokasi pertemuan mereka.

Jamal, 63, berkata, Zaki sebenarnya seorang pelajar yang bagus dan sering mendapat nombor satu dalam peperiksaan.

“Cuma saya risau jugalah kerana bimbang dia memberontak dalaman kita tak tahu. Tapi harap dia faham bahawa kasih sayang ayah walau bumi terbelah dua, langit runtuh sekalipun, yang akan ada di belakang esok itulah ayahnya. Sayalah yang akan ada.

“Percayalah… jodoh pertemuan, ajal maut semua di tangan Tuhan. Harapan saya dia dapat terima takdir bahawa kehidupan kami begini.

“Bukan saya nak mengelak untuk bertanggungjawab ke atasnya membela dia. Saya tidak mahu dia jadi mangsa apa-apa juga pergolakan. Saya akan menyokong apa juga yang dilakukan. Yang paling penting dia tahu yang saya sangat sayangkan dia,” katanya.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat