Hattan puji Konsert Search Rockin On Rooftop

- Advertisement -

Kuala Lumpur: Penyanyi Datuk Hattan hilang kata-kata ketika menyaksikan persembahan mantap kumpulan Search pada Konsert Search Rockin On Rooftop di Kompleks Campbell, malam tadi.

Hattan atau nama sebenarnya, Mohd Shukri Shahabudin, 57, berkata, persembahan yang dibarisi Din dan Kid selaku pemain gitar, Yan (bass) dan Minn (drum) serta vokalis baharu, Denden Gonjalez itu memiliki kehebatan tersendiri.

“Saya sudah lama tidak mendengar muzik sebegini. Memang ‘sound’ Search ada pada Din dan Kid. Bila saya dengar Din memainkan lagu Teguh, saya sedih, seperti mahu menangis.

“Saya sangat seronok. Saya rindu nak tengok Din dan Kid main dan saya berpuas hati. ‘Sound’ yang diberikan memang puas hati. Kunci ‘sound’ Search itu memang ada pada Din dan Kid. Tiada siapa boleh menafikan.

“Tanyalah siapa pun, saya pasti mereka mempunyai pendapat yang sama. Berbaloi datang konsert ini. Saya layan habis menonton konsert ini,” katanya.

Menurut Hattan, dia juga terkejut dengan kehebatan vokalis baharu Search yang berasal daripada Indonesia itu.

“Dia menyanyi sedap, melekat dan memang ‘sesuatu’ Denden ini. Mula-mula saya tengok dia seorang yang pemalu, tapi bila tengok tadi, dia nyanyi memang sedap.

“Saya harap Search terbang tinggi ke negara seberang. Saya percaya kalau mereka keluar album penuh, boleh meletup dan ia boleh merentasi pasaran Indonesia kerana penyanyinya dari Indonesia.

“Usai konsert saya ada berbual dengan Datuk M Nasir, kami mengatakan sekiranya mereka keluar album, lagunya mesti sedap. Saya juga berharap mereka akan menjalankan siri jelajah,” katanya.

Selain Hattan, Konsert Search Rockin On Rooftop turut dimeriahkan dengan kehadiran Datuk M Nasir dan Ramli Sarip. Pada konsert yang berlangsung lebih dua jam itu, Search mendendangkan 17 buah lagu.

Harian Metro

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat