Ezam Ibarat Katak Jilat Ludah Sendiri 

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Penyelaras Parlimen Jasin, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mengingatkan kepada semua pihak agar tidak terpengaruh dengan bekas setiausaha politik Anwar Ibrahim, Ezam Mohd Nor yang mahu mengaktifkan semula gerakan reformasi 1998 bermula di Tanjung Rambutan, Perak.

Menurut Khairuddin, Ezam yang dikenalinya sebagai manusia yang tidak mempunya prinsip hidup dan mudah dibeli dengan wang ringgit itu, merupakan seorang yang tiada kredibilit dan tidak relevan dalam politik negara ini.

Penglibatan Ezam ke dalam kancah politik hari ini juga akibat keterdesakan Anwar Ibrahim mengumpul semula seramai mana bekas-bekas pengikut yang pernah meninggalkan dia sebelum ini bagi memenuhi cita-cita terdesak beliau untuk menjadi Perdana Menteri.

“Setiap tutur katanya penuh dengan pendustaan. Dia penipu nombor satu, bak kata pepatah orang putih dia ini ‘a convincing liar’.

“Kerjanya lompat sana sini untuk survival diri sendiri, menunjukkan perjuangannya hanyalah berteraskan pada kepentingan diri semata-mata.

“Suatu masa dahulu ezam mohd nor maki-hamun anwar Ibrahim, tapi hari ini dia boleh ‘cium mulut’ dan puji Anwar Ibrahim melambung pula,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah Khairuddin, kegilaan Ezam yang tidak masuk akal ini, amat sukar untuk diterima oleh akal yang waras, kecuali di kalangan pengikut dan pentaksub Anwar Ibrahim.

Pemilihan Tanjung Rambutan juga sebagai tempat pelancaran gerakan reformasi 1998 yang diumum oleh Ezam juga sangat signifikan dengan ‘kegilaan’ bekas pembantu Anwar itu, ujar Khairuddin.

“Saya menyokong gerakan reformis ezam mohd nor yang bakal dilancarkan di tanjung rambutan. Pemilihan tempat ini amat tepat sekali.

“Tanjung rambutan adalah tempat yang paling sesuai untuk ezam mohd nor dan anwar ibrahim. Kedua manusia ini ‘otak sama-sama tak betul.

“Mereka berdua amat serasi untuk berjuang sekali. Orang gila sama orang gila memang sepadan,” tambahnya.

Semalam,media melaporkan Ezam mahu menghidupkan semula gelombang gerakan reformasi 1998 dengan majlis pelancarannya dijadualkan di Tanjung Rambutan hari ini.

Ezam berkata, hasrat menggerakkan semula gerakan itu dibuat selepas mendapat maklum balas positif dariapda ahli parti, khususnya PKR, serta penyokong di peringkat akar umbi semasa melakukan jelajah di semenanjung dari Januari hingga Mac lepas.

Gerakan reformasi pada 1998 merujuk kepada gerakan rakyat yang tercetus selepas Anwar Ibrahim dipecat dariapda jawatannya sebagai timbalan perdana menteri dan timbalan presiden Umno susulan perselisihan dengan perdana menteri ketika itu, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat