Kelly Clarkson fail cerai

- Advertisement -
Agensi

PENYANYI Kelly Clarkson, 38, memfailkan perceraian terhadap suaminya Brandon Blackstock, 43, selepas tujuh tahun berkahwin.

Pemenang Grammy Awards tiga kali itu didakwa menyebut mereka sukar berdamai dalam dokumen mahkamahnya serta memohon untuk berkongsi hak penjagaan terhadap dua anak mereka.

Menurut satu sumber, pasangan berkenaan sudah mengusahakan jalan terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan tetapi nampaknya tidak berhasil.

Ia termasuklah meluangkan masa kuarantin bersama sekeluarga baru-baru ini.

“Hubungan Kelly dan Brandon sudah bermasalah sejak beberapa bulan dan cuba sedaya-upaya mencari penyelesaian terhadap kemelut mereka.

“Mereka berharap kuarantin bersama di Montana jauh dari Los Angeles itu akan membantu memulihkan perkahwinan mereka. Sebaliknya, perubahan persekitaran itu sebenarnya jadikan ia merosot,” katanya.

Kelly dan Brandon yang juga seorang pengurus muzik berkahwin pada Oktober 2013. Pasangan itu dikurniakan dua cahaya mata, River Rose, 6, dan Remington Alexander, 4.

Penyanyi itu dilaporkan menghabiskan masa kuarantin Brandon dan anak-anak di rumah di Montana. Dia turut melakukan penggambaran untuk program bual bicara serta video The Voice dari sana.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat