Ahli Politik Lama Tak Malu – MUDA

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Pemimpin-pemimpin teladan sudah tiada, yang tinggal hanya ahli-ahli politik lama yang tidak malu masih mengejar kuasa memperkecilkan rakyat dengan sandiwara “memperbesarkan kek” hanya untuk meninggikan darjat mereka.

Pengarah Dasar MUDA Wilayah Persekutuan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA), Anas Matsham berkata, generasi baru “Kaum Muda” terpaksa mewarisi kesan mereka dan membetulkan semula adab dan akhlak terutamanya dalam hal-hal urus tadbir insan.

“Apabila pemimpin tersebut insan yang sedar penuh adab dan akhlak, barulah ekonomi dan politik negara dapat kembali ke landasan mulia,” tegas Anas dalam kenyataan pada Jumaat.

Menurut beliau, kian hari makin banyak kes penyalahgunaan kuasa, rasuah dan penyelewengan timbul.

“Perkara ini berleluasa sehingga sudah menjadi suatu norma di kalangan masyarakat dan ibarat “benda biasa” dalam hal-hal pentadbiran negara. Yang membingungkan, masyarakat lebih cepat mengkritik dan menegur mangsa banjir yang dituduh mencuri makanan berbanding kes kecurian wang rakyat dan negara lebih RM2 bilion.

“Jika kita lilhat peradaban orang Melayu, salah satu sifat tertingginya adalah sifat malu,” jelasnya.

Kata beliau, Melayu penuh dengan maruah, adat dan akhlak yang berlatar belakangkan adab dan tertib.

“Namun, terdapat ahli-ahli politik lama “Kaum Tua” yang sudah tiada sifat atau rasa malu, bahkan lagi gah melaungkan slogan “Malu Apa”, “Kluster Mahkamah” dan “Cash Is King”.

“Ini lagi membimbangkan apabila slogan dan kata-kata tersebut diiktiraf dan disambut baik oleh masyarakat tanpa rasa segan atau malu seloah-olah memartabatkan pemimpin itu.

“Manakah pergi sifat tinggi orang melayu itu? Adakah rasuah dan penyelewengan perkara biasa? Atau sebenarnya adab dan akhlak di kalangan masyarakat sudah pada tahap seteruk itu? Soal Anas.

Semalam, bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mempertahankan pendekatan ‘cash is king’ yang dibawanya dengan menyifatkan langkah itu lebih mudah untuk membantu rakyat ketika susah.

Sambil merujuk ‘king’ itu adalah rakyat, beliau berkata, pengenalan pembayaran tunai secara terus kepada rakyat yang diperkenalkan di bawah pentadbirannya sebelum ini dan diteruskan sehingga hari ini, berjaya menyegerakan bantuan kepada rakyat.

“Sebab itu cara kita mahu tolong rakyat dengan ‘direct transfer’. Kita bagi pada semua. Gunakanlah duit itu, kalau nak beli buku, nak beli beras, belilah. Kalau nak bawa anak makan McD, bawalah.. asalkan kita tolong rakyat dengan segera dan cepat.

“Kalau rakyat susah kita bantu cepat melalui ‘direct payment’, jangan pulak nak tegur rakyat, sekarang adalah masa kena ikat perut, rakyat tengah susah. Sebab itu ‘cash is king’, ‘king’ itu adalah rakyat,” katanya dalam program Debat Perdana Anwar-Najib yang disiarkan secara langsung malam tadi.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat