Annuar perjelas kepada Zahid situasi sebenar penutupan bazar Jalan TAR

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa memberi pencerahan berhubung kekeliruan penutupan bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman (TAR) kepada Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Annuar meninggalkan komen di status Facebook Zahid dengan memberitahu keadaan sebenar yang berlaku di bazar berkenaan susulan arahan PKP 3.0 yang berkuatkuasa 12 Mei.

“Saya harap pembantu pembantu Presiden (UMNO) dapat sentiasa membantu Presiden dengan memberi maklumat tepat,agar hantaran media sosial Presiden tidak terlihat janggal.

“Bazar Aidilfitri Jalan Tunku Abdul Rahman tidak pun ditutup sehari lebih awal seperti didakwa,” jelas Annuar.

Kata beliau lagi, kekeliruan arahan Ketua Polis Daerah Dang Wangi diselesaikan dalam tempoh dua jam dan bazar terus dibuka,tidak ditutup seperti didakwa.

“Kekeliruan berbangkit kerana bazar Jalan Tunku Abdul Rahman juga tersenarai dalam hotspot HIDE.

“Namun pengumuman rasmi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diterima pakai demi memberi ruang peniaga terus berniaga hari Ahad 9 Mei.

“Diharap pembantu pembantu Presiden lebih berhati hati memberikan input,” ujar beliau.

Dalam hantaran Facebook Zahid beliau memaklumkan penutupan bazar Aidilfitri di Jalan Tuanku Abdul Rahman sehari lebih awal sememangnya mengecewakan ramai peniaga.

“Manakan tidak peniaga sepatutnya melakukan pecutan akhir di penghujung Ramadan untuk meraih keuntungan. Tetapi akibat PKP 3.0 semuanya musnah.

“Kita dimaklumkan notis penutupan bazar akan bermula pada 10 Mei 2021. Bagaimanapun peniaga didatangi pihak penguatkuasa pada 9 Mei yang mengarahkan premis ditutup jam 12 tengahari pada hari berkenaan. Alasannya mereka menerima arahan daripada pihak atasan.

“Jika saya berada di tempat peniaga sekalipun, saya juga pasti berasa sebak dan luluh hati mendengar perkhabaran itu. Saya amat memahami kesedihan dan kesukaran ditanggung para peniaga. Besar harapan agar mereka yang terlibat berbanyakkan bersabar. Semoga Allah SWT memurahkan rezeki pada masa hadapan.

“Sedih dan perit. Apa lagi yang akan berlaku? Aidilfitri bakal diraikan Khamis ini dan secara kebiasaan 1orang ramai akan menyemarakkan suasana menyambut Lebaran dengan membeli belah. Dua tahun ini semuanya serba mencabar.

“Saya amat bersimpati pada peniaga. Ada yang sudah mengeluarkan modal antara RM70,000 hingga RM90,000 untuk berniaga. Modal masih belum diperoleh tetapi bazar diarahkan tutup. Ramai yang menanggung kerugian.

“Saya juga berharap menteri Wilayah Persekutuan ambil maklum masalah ini dan segera mendekati para peniaga.

“Jangan lupa video penutupan bazar juga sudah tersebar luas di aplikasi WhatsApp. Ramai yang sedih dan ada juga yang menangis di hadapan pihak media,” katanya.

Zahid berkata, jadikan pengajaran dan lakukan yang terbaik supaya ianya tidak berulang dan berlaku lagi kepada rakyat dan peniaga. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat