Perak Pecat Semua Ahli Majlis Lantikan PH

- Advertisement -

Ipoh – Anggota majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) di Perak telah diberhentikan daripada jawatan yang dipegang mereka, berkuatkuasa 30 April.

Melalui sepucuk surat bertarikh 13 April yang mengandungi kepala surat rasmi pejabat sekretariat kerajaan negeri, semua ahli majlis bandaran dan daerah telah ditamatkan perkhidmatan mereka.

Surat itu berjudul “Penamatan keahlian ahli majlis pihak berkuasa tempatan (PBT) Negeri Perak Darul Ridzuan.”

“Dimaklumkan bahawa Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Perak Bilangan 1987 telah memutuskan: Status pelantikan semua Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Perak lantikan 1 Ogos 2019 sehingga 31 Julai 2021 ditamatkan perkhidmatan mereka berkuatkuasa pada 30 April 2020.

“Keputusan ini hendaklah diambil tindakan serta-merta,” kata surat itu.

Tiada sebarang penjelasan lanjut diberikan di dalam surat itu.

Kerajaan PH dibentuk selepas pilihan raya umum ke-14 pada Mei 2018 tetapi dalam masa kurang dari dua tahun, pentadbiran itu runtuh dan kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengambil alih kekuasaan negara pada Februari 2020.

Kerajaan PN hasil ikatan kerjasama antara BN, PAS, Bersatu, GPS dan beberapa bekas pemimpin PKR.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat