TVS angkat semangat kebersamaan Aidilfitri menerusi kempen Raya “PESTA RAYA TVS”

Dalam suasana Ramadan yang kian menghampiri penghujungnya dan Syawal yang semakin terasa bahangnya, TV Sarawak (TVS) tampil mempersembahkan kempen istimewa “Pesta Raya TVS”, sebuah inisiatif kandungan perayaan yang bukan sekadar menawarkan hiburan, tetapi juga mengangkat nilai kebersamaan, kekeluargaan dan perpaduan masyarakat Malaysia.

Berbeza dengan sajian perayaan yang lazimnya tertumpu kepada hiburan semata-mata, kempen kali ini memperlihatkan pendekatan yang lebih menyeluruh apabila TVS menggabungkan pelbagai elemen daripada program majalah televisyen berunsur inspirasi, rancangan hiburan berskala besar, filem pendek menyentuh emosi, program gaya hidup, hinggalah tayangan filem istimewa yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.

Melalui susunan program ini, TVS bukan sahaja berperanan sebagai penyedia hiburan, malah menjadi medium yang merakam serta menyatukan kisah masyarakat dari pelbagai latar belakang ketika menyambut Aidilfitri.

Antara program yang menjadi teras kepada kempen ini ialah Inspirasi Duniamu, sebuah rancangan majalah televisyen yang mengetengahkan kisah komuniti, individu inspiratif serta cerita masyarakat dari seluruh pelosok Malaysia.

Program ini membawa penonton menelusuri pelbagai kisah kehidupan dari Sarawak dan Sabah hingga ke Semenanjung Malaysia, malah turut menampilkan perspektif dari luar negara. Setiap episod menampilkan gabungan temubual eksklusif, laporan lapangan dan penceritaan visual yang menyentuh pelbagai bidang termasuk sukan, hiburan, kemasyarakatan serta kisah perjuangan individu.

Episod khas pra-Raya yang akan disiarkan pada 18 Mac 2026 jam 10 malam dijangka membawa pengisian istimewa yang menggambarkan semangat persediaan menyambut Aidilfitri, sekali gus memberi ruang kepada penonton untuk melihat sisi masyarakat yang jarang diketengahkan.

Kemeriahan Aidilfitri turut diraikan menerusi program hiburan khas “Pesta Raya TVS: Dari KL ke Kuching”, sebuah rancangan yang menggabungkan konsep rumah terbuka dengan persembahan pentas penuh warna-warni.

Dihoskan oleh Ghazali Zawawi dan Sharifah Shahira, program ini menghubungkan suasana sambutan Aidilfitri dari dua bandar utama Kuala Lumpur dan Kuching  yang mencerminkan kepelbagaian budaya dan kemeriahan masyarakat Malaysia.

Penonton bakal disajikan dengan pelbagai persembahan istimewa daripada barisan artis terkenal seperti Aina Abdul, Mimifly, Bob Yusof, Marsha Milan, Liza Aziz, Khai Bahar, Sharifah Zarina, Daniesh Suffian, Mawat dan Hanif Arip.

Selain itu, program ini turut dimeriahkan dengan kehadiran tokoh industri hiburan seperti Datuk Ramli M.S, Datuk Jalaluddin Hassan, Roy Azman, Raja Azura, Rita Rudaini dan Sharifah Shahora yang hadir berkongsi cerita serta pengalaman sambutan Hari Raya mereka.

Program ini akan disiarkan pada Hari Raya pertama dan kedua jam 9 malam, sekali gus menjadi antara rancangan utama yang dinantikan penonton sepanjang musim perayaan.

Bagi menambah warna kepada kempen ini, TVS turut memperkenalkan lagu raya baharu berjudul “Raya Paling Epik”, sebuah karya ceria yang menggabungkan suara tiga penyanyi muda Daniesh Suffian, Mawat dan Hanif Arip.

Lagu ini menampilkan irama pop yang rancak dengan lirik yang menggambarkan kegembiraan serta semangat kebersamaan ketika menyambut Syawal. Ia turut membawa mesej perpaduan, mengajak masyarakat dari pelbagai latar belakang untuk sama-sama meraikan Aidilfitri dalam suasana penuh kegembiraan.

Video muzik lagu tersebut telah dilancarkan pada 27 Februari 2026 dan kini boleh ditonton di semua platform digital rasmi TVS.

Selain hiburan pentas, kempen “Pesta Raya TVS” turut mengetengahkan filem pendek bertemakan kekeluargaan berjudul “Gambar Raya Paling Epik.”

Filem ini mengisahkan seorang remaja bernama Saiful yang berusaha merakam gambar raya paling hebat untuk menyertai sebuah pertandingan fotografi. Namun dalam perjalanan mengejar impian tersebut, dia akhirnya menyedari bahawa nilai sebenar sebuah gambar raya bukan terletak pada kesempurnaan visual, tetapi pada kenangan dan kasih sayang yang dikongsi bersama keluarga.

Menampilkan lakonan Atiq Azman dan Datuk Fauziah Nawi, filem pendek ini akan ditayangkan pada malam Hari Raya jam 9 malam, dijangka menyentuh emosi penonton dengan kisah yang dekat dengan kehidupan masyarakat.

Sebagai sebahagian daripada usaha mendekatkan penonton dengan kandungan perayaan ini, TVS turut menganjurkan Peraduan Gambar Raya Paling Epik 2026.

Peraduan ini mengajak orang ramai berkongsi gambar raya paling kreatif mereka di media sosial dengan menggunakan lagu “Raya Paling Epik” sebagai latar muzik serta menyertakan hashtag #GambarRayaPalingEpik, #RayaPalingEpik dan #TVS122.

Peraduan yang berlangsung dari 15 hingga 29 Mac 2026 ini menawarkan hadiah wang tunai sehingga RM800 kepada pemenang utama.

Dalam masa yang sama, TVS turut menyajikan program gaya hidup khas “Istimewa Anggun: Seri Aidilfitri” yang menampilkan Siti Zawawi sebagai hos.

Program ini membawa penonton meneroka inspirasi fesyen, kecantikan serta gaya hidup sempena Aidilfitri, dengan penampilan selebriti jemputan seperti Mimifly, Liza Aziz dan Nabila Huda yang berkongsi cerita serta tradisi sambutan Hari Raya mereka.

Episod istimewa ini akan disiarkan pada 25 Mac 2026 jam 8.30 malam.

Rancangan bual santai popular “3 Mak Dara” pula kembali dengan musim kedua, menampilkan Raja Azura, Sharifah Shahora dan Rita Rudaini sebagai hos utama.

Musim terbaharu ini bakal membawa pelbagai topik berkaitan kehidupan, keluarga dan pengalaman wanita dalam suasana yang santai, jujur serta penuh humor.

Program ini akan mula bersiaran pada 1 April 2026, setiap Rabu jam 8.30 malam.

Sebagai pelengkap kepada kempen “Pesta Raya TVS”, penonton juga bakal disajikan dengan pelbagai tayangan filem istimewa sepanjang musim Aidilfitri, termasuk “Senario The Movie Ops Pocot,” “Senario Asam Garam,” “Rompak Raya,” “Demi Raya,” “Perfect Raya,” “Raya Sebagai Isteri,” “Kurung Kerawang Untuk Adik,” “Takbir Semalam” dan “Musafir Ke?”

Filem-filem ini akan disiarkan setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad jam 8.30 malam, memberikan pilihan hiburan yang sesuai untuk dinikmati bersama keluarga sepanjang musim perayaan.

Mengakhiri rangkaian program perayaan ini, TVS turut menampilkan rancangan khas “Dialog TVS: Perayaan & Perpaduan – Tradisi Menyatukan Malaysia.”

Program ini akan membincangkan bagaimana sambutan perayaan seperti Aidilfitri memainkan peranan penting dalam mengukuhkan hubungan masyarakat berbilang kaum di Malaysia, sekali gus memperlihatkan bahawa tradisi dan budaya mampu menjadi jambatan yang menyatukan rakyat.

Rancangan ini akan disiarkan pada 26 Mac 2026 jam 10 malam.

Dengan gabungan hiburan, kisah inspirasi dan nilai kekeluargaan yang dekat dengan masyarakat, kempen “Pesta Raya TVS” bukan sekadar sebuah rangkaian program televisyen, tetapi juga satu usaha untuk merakam keindahan tradisi Aidilfitri – sebuah perayaan yang sentiasa mengingatkan kita bahawa kegembiraan sebenar terletak pada kebersamaan.

Sepanjang Ramadan hingga ke Syawal, penonton boleh menyaksikan kesemua program istimewa ini secara eksklusif di TVS serta melalui platform digital rasmi penyiar tersebut.

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat