SPRM sangkal Ismail Sabri ditahan, sambung beri keterangan esok – Azam

- Advertisement -

KUALA LUMPUR- Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob diarah kembali menyambung keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi esok.

Arahan itu dikeluarkan kepada Perdana Menteri ke-9 itu, selepas 5 jam memberi keterangan kepada SPRM hari ini.

“Ya, esok jam 9 pagi,” kata Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berhubung arahan itu lapor New Straits Times (NST) petang ini.

Azam turut menyangkal khabar angin bahawa Perdana Menteri ke-9 itu ditangkap apabila tampil memberi keterangan hari ini.

“Masih ada beberapa perkara yang perlu dijelaskan beliau kepada pasukan penyiasat SPRM yang sedang meneliti hasil siasatan mereka.

“Kami menugaskan ramai petugas untuk menyiasat kes ini kerana terdapat ratusan dokumen yang perlu dianalisis,” katanya.

Azam berkata, SPRM perlu melengkapkan proses pengambilan kenyataan Ahli Parlimen Bera itu sebelum boleh memutuskan apa lagi yang diperlukan dalam siasatan lanjut kes itu.

“Beri ruang kepada pasukan saya untuk menjalankan siasatan kes ini secara menyeluruh, telus dan adil,” katanya.

Terdahulu, pegawai penyiasat SPRM mengambil masa kira-kira lima jam untuk merekodkan kenyataan Ismail Sabri yang tiba di Ibu Pejabat SPRM pada jam 9.46 pagi tadi sebelum sesi bermula jam 10 pagi.

Pada 11 Februari lalu, beliau disoal siasat selama lima jam di ibu pejabat SPRM berhubung perbelanjaan ratusan juta ringgit yang dibelanjakan untuk perbelanjaan promosi dan publisiti semasa pentadbirannya dari 2021 hingga 2022.

Hasil siasatan yang dijalankan setakat ini, SPRM sudah merampas wang tunai dalam pelbagai bentuk mata wang asing berjumlah kira-kira RM170 juta bersama 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta.

Rampasan itu dibuat hasil serbuan terhadap tiga premis termasuk safe house selepas SPRM menahan empat bekas pegawai kanannya ketika menjadi Perdana Menteri.

SPRM juga membekukan 13 akaun bank yang mengandungi lebih RM2 juta sebagai sebahagian daripada siasatannya terhadap Ismail Sabri.

Ismail sabri dijangka menyambung keterangannya esok.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat