“Saya setuju dengan Zahid supaya tak tergesa-gesa tinggalkan Umno” – Tengku Zafrul

- Advertisement -

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Tengku Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz menerima nasihat yang diberikan Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dengan hati terbuka.

Hal ini selepas Zahid sebelum ini menasihati Tengku Zafrul supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan berhubung kedudukannya dalam parti.

Tengku Zafrul yang juga Ketua Bahagian Umno Kota Raja berkata, pertemuan bersama Zahid baru-baru ini membincangkan kedudukannya dalam Umno, selain mendengar pandangan serta nasihat berkaitan.

“Saya sudah berjumpa dengan Presiden Umno dan kami berbincang mengenai kedudukan saya dalam parti. Beliau menasihatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat keputusan dan saya bersetuju.

“Mesyuarat itu berlangsung secara terbuka dan kami bersetuju setiap keputusan perlu dibuat dengan berhati-hati demi memastikan ia adalah keputusan yang terbaik.

“Saya juga tidak tergesa-gesa dalam membuat sebarang keputusan,” lapor BH pada Khamis.

Ketika ditanya apakah keputusannya ketika ini, Tengku Zafrul berkata, segala pertimbangan politik akan difikirkan dengan lebih mendalam dan ketika ini beliau ingin memberikan fokus kepada kerja sebagai Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri.

Zahid sebelum ini dilaporkan memaklumkan kepada Tengku Zafrul supaya tidak perlu tergesa-gesa membuat keputusan mengenai perkara itu dan mengesahkan Tengku Zafrul masih ahli Umno.

Pada 9 Februari lalu, Tengku Zafrul dilaporkan akan mengumumkan keputusan ura-ura beliau akan meninggalkan Umno dalam tempoh terdekat selepas berjumpa Ahmad Zahid.

Tengku Zafrul, berkata beliau akan menemui Presiden Umno itu bagi membincangkan perkara berkenaan sebelum pengumuman mengenainya dibuat secara rasmi.

author avatar
Janatul Firdaus Yaacob
-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat