KUALA LUMPUR – Perdana Menteri ke-9 Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan berhubung kes rasuah dan penggubahan wang haram yang dikaitkan dengan beliau.
“Hari ini, saya telah hadir ke Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya untuk memberikan keterangan.
“Saya akan terus memberikan kerjasama kepada pihak berkuasa sehingga siasatan selesai,” kata Ahli Parlimen Bera itu dalam kenyataan pada Khamis.
SPRM sebelum ini dilaporkan sudah merakam keterangan 36 saksi dan 23 lagi akan dipanggil dalam masa terdekat.
SPRM menafikan dakwaan bahawa wang RM170 juta yang ditemui dalam safe house diletakkan oleh mereka.
Pada 3 Mac lepas, Tan Sri Azam Baki dilaporkan berkata Ismail Sabri adalah suspek bagi siasatan kes rasuah serta pengubahan wang haram susulan penemuan wang tunai kira-kira RM170 juta di dalam sebuah safe house susulan serbuan dilakukan pihaknya.
SPRM juga dilaporkan menyita 13 akaun membabitkan nilai lebih RM2 juta bagi membantu siasatan kes berkenaan.