PRN Johor: Kemenangan BN Atas Penilaian Pengundi – PM

- Advertisement -

BERA: Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada Sabtu semalam atas penilaian pengundi terhadap parti yang bertanding, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, dulu mereka tidak boleh membuat perbandingan sebab negara diperintah BN selama 60 tahun, ramai rakyat waktu itu melihat kelemahan BN.

“Kemenangan besar pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor adalah di luar jangkaan.

”Ramai menjangkakan BN boleh menang tetapi dengan majoriti mudah atau 35 kerusi.

“Kemenangan di 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN Johor semalam melebihi sasaran ditetapkan oleh parti,

“Saya percaya rakyat sudah boleh membuat perbandingan. Dulu mereka tidak boleh membuat perbandingan sebab negara diperintah BN selama 60 tahun, ramai rakyat waktu itu melihat kelemahan BN.” kata Perdana Menteri.

Namun ujar Perdana Menteri lahi, tetapi selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 rakyat sudah boleh menilai dan ternyata apa yang dijanjikan oleh parti lain tidak dipenuhi walaupun sudah diberikan peluang oleh rakyat.

”Rakyat menilai siapa yang lebih baik dan terbukti BN prihatin membantu rakyat. Disebabkan itu juga kita menang di Melaka.

”Dalam PRN Johor kali ini, rakyat mudah membuat pilihan,

“Rakyat Johor sudah membuat pilihan, semua pihak harus menerima dengan hati yang terbuka, lupakan pertandingan yang telah berlalu, duduk bersama sebagai keluarga besar Keluarga Malaysia untuk kita bersama-sama membangunkan negeri Johor.” ujar beliau. -SuaraTV

-- Iklan --
-- Iklan --

Related Articles

Stay Connected

474,121FansLike
25,100FollowersFollow
230,282FollowersFollow
27,197FollowersFollow
15,189SubscribersSubscribe

Topik Hangat